| (1) AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya” (HR: Imam Muslim). | (2) MENJAGA AMANAH Firman Allaah SWT, Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allaah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya) (QS: Al-Anfal, Ayat 27). | (3) BERTEMU DAN BERPISAH Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (HR: Abu Daud). | (4) MENGENAL DIRI SENDIRI Pesan Buya Hamka "Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui peribadi orang lain, sebab itu kenalilah dirimu sebelum mengenal peribadi orang lain." | |
| (5) JADILAH SESEORANG Jadilah orang yang terus tersenyum walau diuji derita, Jadilah orang yang bersyukur walau tak ada lebihan harta, Jadilah orang baik walau tak dipandang manusia, Jadilah orang biasa walau memberi manfaat secara luar biasa. | (6) SOLAT TARAWIH "Barang siapa yang menunaikan solat pada malam bulan Ramadan (salat Tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala dari Allaah), maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni." (HR. Muslim: 1266) | (7) MENSYUKURI NIKMAT Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allaah berikan kepada kamu." (HR: Muslim No: 2963) | (8) JIKA ALLAAH BERKEHENDAK Jika Allaah mencintaimu, maka tidak ada seorang pun yang lebih mencintaimu melebihi cintaNya. Jika Allaah berkehendak memberimu, maka tidak ada seorang pun yang lebih pemurah melebihiNya. Dan jika Dia murka kepada mu, maka tidak ada seorang pun yang mampu menyelamatkan mu dari azab dan hukumanNya, maka adakah yang lain lebih utama bagimu selain dari Allaah? Masihkah hidupmu bertujuan hanya mencari pujian dan pengakuan manusia? Sesungguhnya segala puji itu hanya bagi ALLAAH SWT. | (9) HASAD DENGKI SATU PROTES Hasad dengki adalah satu bentuk protes kepada takdir Allaah SWT. Orang yang berhasad dengki hakikatnya adalah tidak menerima pembagian takdir Allaah. Allaah berfirman, "Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia". (QS: Az-Zukhruf, 32). |
| (10) MELIHAT MENDUNG DI LANGIT Daripada Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata: " Rasulullah SAW apabila melihat mendung di langit, Baginda berganjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajahnya. Maka apabila hujan turun, Baginda mula menenangkan hatinya dan hilanglah kekhuatirannya. Lantas Aisyah berkata; Maka saya pun menanyakan hal itu , lalu Baginda menjawab: "Saya khuatir, kemungkinan ini menjadi azab yang ditimpakan ke atas umatku.". Dan ketika melihat hujan turun Baginda bersabda: "Ini adalah rahmat." (HR Muslim, no. 899). | (11) HASAD DENGKI SATU PROTES Hasad dengki adalah satu bentuk protes kepada takdir Allaah SWT. Orang yang berhasad dengki hakikatnya adalah tidak menerima pembagian takdir Allaah. Allaah berfirman, "Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia. (QS: Az-Zukhruf, 32). | (12) LARANGAN MAKAN BERSANDAR Di antara alasan kenapa makan sambil bersandar dilarang adalah kerana dikhuatirkan perut menjadi bertambah buncit. Sebagaimana ada riwayat dari Ibnu Abi Syaibah dari jalan Ibrahim An Nakho l. Disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Al Fath (9: 452). HR: Bukhari - No. 5399 (Sahih). | (13) SOLAT DENGAN TENANG Wahai Diri...Solatlah dengan tenang. Jangan terburu-buru...Dunia tidak akan bertambah sekiranya kamu berlari dan dunia tidak akan berkurang jika kamu berhenti. Apa yang telah Allaah tetapkan untukmu, tetap akan menjadi milikmu. Apa yang Allaah tidak tetapkan untukmu, tetap tidak akan pernah menjadi milikmu. | (14) CERMINAN QOLBU MU Jika kamu ingin tahu sekotor mana qolbu mu, maka sedarilah sebanyak mana kamu telah memandang rendah terhadap orang lain serta merasa lebih baik dari orang lain. ITULAH CERMINAN QOLBU MU . Dirimu adalah cerminan dari dirimu sendiri, jika hatimu bersih maka seluruh duniamu juga akan nampak bersih. |
| (15) SUKA SAUDARA MENDAPAT KEBAIKAN Daripada Anas RA, Rasulullah SAW, bersabda: "Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari No: 12). | (16) REZEKI ITU UJIAN Rezeki itu Ujian, Dimewahkan bukan bermakna dimuliakan, Disempitkan bukan bererti dihinakan. Dua kunci yang meluluskan kita adalah syukur dan sabar. | (17) TAAT IBU BAPA Ketika orang tua kamu memanggil kamu dan memilih kamu meminta bantuan pada kamu diantara para saudara kamu yang lain, maka sedarilah bahawa sesungguhnya Allaah SWT telah menghantarkan kamu kepada ibadah yang Dia khususkan untuk kamu. Justeru, janganlah engkau menyia-nyiakannya. | (18) TINGGAL HAL MERAGUKAN Daripada Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan baginda R.A., dia berkata: Aku telah hafal daripada Rasulullah SAW sabdanya: "Tinggalkanlah apa yang meragukan dan ambillah apa yang tidak meragukan" (HR: Tirmidzi dan Nasai). | (19) UJIAN IBARAT HADIAH Ujian ibarat hadiah.Tak selalu dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakala dibalut duka dan susah payah. Lihat ujian dengan pandangan iman, pasti tenang sepanjang jalan. |
| (20) SIKAP MENOLONG Jikalau menolong orang lain, tulislah di atas pasir pantai, agar mudah hilang tersapu ombak. Tetapi, kalau kita ditolong orang lain, pahatlah di batu, agar kita selalu dapat mengingat budi orang pada diri kita. | (21) ZIKIR MENJAUHKAN KECELAKAAN Daripada Aban bin Utsman ia berkata: saya mendengar Utsman bin Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII UL ALIIM sebanyak tiga (3) kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." (HR Tirmidzi No: 3310). | (22) UJIAN HIDUP Hidup kita adalah ketentuanNya. Baik atau tidak itulah perjalanannya. Sedih atau gembira itu adalah kisahnya. Kaya atau miskin itulah ujian dariNya. Sikit atau banyak itu pemberianNya. Berdamailah dengan jalan hidup kita, itulah kunci tenang dan bahagia. | (23) DOSA-DOSA BESAR Daripada Anas radliallahu anhu berkata: Rasulullah SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allaah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu." (HR: Bukhari No: 2459). | (24) MENCARI BERKAT Carilah berkat, bukan berapa banyak kita dapat. Berkat terlihat pada banyak manfaat. Rezeki sikit, cukup sekeluarga, rezeki banyak semakin luas kebaikannya. |
| (25) MEMBERI DAN MENERIMA Jika ingin mendapatkan sesuatu, belajarlah memberi sesuatu. Jika ingin mendapatkan kebaikan, belajarlah berbuat baik kepada orang lain. Hidup bukan hanya tentang menerima, tetapi juga tentang memberi. | (26) SIFAT BAIK INSAN Bermalas-malasan akan membunuh wawasan. Perasaan Cemburu akan membunuh ketenteraman. Sifat Marah akan membunuh kebijaksanaan. Takut akan membunuh cita-cita. | (27) KETINGGIAN ADAB Puncak dari ketinggian adab adalah ketika engkau diam dan mendengar seseorang berbicara kepada mu tentang sesuatu yang engkau ketahui dengan baik sementara ia tidak menguasainya. | (28) KETENANGAN DENGAN IKHLAS Pintu besar menuju ketenangan adalah ikhlas. Ikhlas pada apa yang terjadi, pada apa yang telah Allaah tetapkan, dan pada apa yang sudah tak dapat di ubah. | (29) JANGAN MENYERUPAI ORANG KAFIR Dalam isu yang melibatkan akidah dan syiar orang kafir, Rasulullah SAW pernah menegur Saidina Ibn Amru dengan bersabda: "Sesungguhnya baju ini adalah baju orang kafir maka janganlah kamu memakainya." (HR Muslim). Rasulullah terlihat padaku baju yang diwarnakan (yang melambangkan syiar orang kafir). |
| (30) MENCARI KEREDHAAN ALLAH Perjalanan hidup kita adalah rahsia ALLAH. Tiada siapa yang mengetahui apa yang dah kita lalui... sedang kita lalui dan akan kita lalui... walau apapun yang dilalui hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA. Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh rasa syukur... walaupun perit.. cubalah untuk redha dengan ketentuan-NYA...Hidup untuk mencari kesempurnaan akan buatkan kita rasa tertekan... tapi hidup untuk mencari keredhaan akan mendatangkan rasa keikhlasan dan ketenanga | (31) BERAMAL DENGAN IKHLAS Ikhlaslah dalam setiap amal baik yang kita lakukan. Sebab tanpa ikhlas, amalan kita ibarat debu yang berterbangan. | (32) JANGAN MUDAH LUPA DIRI Biar kita dilupai, tetapi jangan sesekali Kita yang lupa Siapa yang pernah Berbudi dan membantu Semasa kita Susah. Hidup biar tahu Mengenang budi Agar kita tidak mudah Lupa diri. | (33) SAKINAH, MAWADAH, WARAHMAH SAKINAH : ketika melihat kekurangan Pasangan namun mampu menjaga lidah untuk tidak mencelanya. MAWADAH: ketika mengetahui kekurangan pasangan, namun mampu memilih untuk menutup sebelah mata atas kekurangannya dan membuka mata lainnya untuk berfokus pada kelebihannya. WARAHMAH: ketika kita mampu menjadikan kekurangan pasangan sebagai ladang amal untuk diri kita. | (34) BELAJAR MERAHSIAKAN HAL PERIBADI Tetaplah rendah hati, tidak semua orang perlu tahu segalanya tentang kita. Semakin sedikit orang tahu tentang kita, maka semakin sedikit pula orang yang membicarakan kita. Jagalah kehidupan peribadi kita sebaik-baiknya. |
| (35) BELAJAR DIAM DAN SABAR "Belajarlah diam, agar suaramu lebih terdengar. Belajarlah sabar agar tindakanmu lebih benar, Maafkanlah kesalahan orang lain, tutup aibnya dan lupakan. Tujuan kita hidup untuk beribadah dan mengingati Allaah SWT, bukan mengingati kesalahan orang lain" (Syekh Abdul Qadir Jaelani) | (36) BULAN HARAM (SUCI) Daripada Abi Bakrah Nafiq bin al Harith RA, dari Rasulullah SAW bersabda: "Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allaah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada 12 bulan, daripadanya terdapat 4 bulan yang haram (suci) iaitu 3 daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang ke-4 adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Syaaban." (HR: Bukhari No: 4054). | (37) BENIH MENGHASILKAN PAHALA Daripada Anas, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam tanaman atau menabur benih lalu (hasilnya) dimakan oleh manusia, burung atau binatang ternak melainkan hal tersebut menjadi sedekah baginya." HR: Tirmizi No: 1303 (Sahih) | (38) PERKARA YANG MEMBINASAKAN Rasulullah SAW bersabda : "Ada tiga perkara yang membinasakan, iaitu sifat kedekut yang ditaati, keinginan nafsu yang diikuti dan seseorang yang sombong dengan diri sendiri (ujud)." (HR: At-Tabrani & Muslim) | (39) KATA-KATA YANG BAIK Kata-kata yang baik itu sedekah. Bila kita mudah berkata baik terhadap orang lain, mereka juga akan berkata baik terhadap diri kita. |
| (40) BERDAMAI DENGAN HIDUP Berdamailah dengan hidup kerana banyak hal di luar kendalian kita. Tidak semua hal boleh diubah. Justeru itu, belajarlah ikhlas dengan apa yang sudah terjadi dan teruskan hidup dengan versi baru kerana tidak semua yang kita inginkan boleh kita miliki. Yang terbaik pastinya akan datang daripada Allaah SWT jika kita berdamai dengan setiap ketentuan Nya. | (41) BENIH MENGHASILKAN PAHALA Daripada Anas, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam tanaman atau menabur benih lalu (hasilnya) dimakan oleh manusia, burung atau binatang ternak melainkan hal tersebut menjadi sedekah baginya." HR: Tirmizi No: 1303 (Sahih) | (42) DAPATKAN REDHA ALLAH Jangan khuatir dengan dunia, kerana itu milik Allaah. Jangan khuatir dengan rezeki, kerana semua itu dari Allaah. Jangan juga khuatirkan masa depan, kerana itu di tangan Allaah. Tapi, fokuslah untuk memikirkan satu hal, bagaimana menjadikan Allaah redha kepada kita. | (43) KEREDHAAN ALLAH Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Keredaan Allaah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allaah terletak pada kemurkaan ibu bapa." (HR: At-Tirmizi) | (44) JANGAN MENYEBUT SALAH ORANG Ibnu Sirin Al-Dasy berkata: "Sesungguhnya manusia yang paling banyak kesalahannya adalah mereka yang paling banyak menyebut kesalahan orang lain" |
| (45) USAHA TANPA LELAH Tidak ada hidup tanpa masalah dan tidak ada usaha tanpa rasa lelah. Tetaplah semangat hingga "Bismillah" menjadi "Alhamdulillah." | (46) KUNCI HIDUP TENANG Yakini semua takdir Allaah itu baik. Jikalau ada yang kita rasa kita tertimpa takdir buruk, ingat saja, bukan takdir itu yang buruk, tetapi sudut pandang kita yang belum sampai untuk melihat hikmah dibalik takdir tersebut. | (47) SENTIASA INGATKAN ALLAH WANG RINGGIT BERKATA, Kejarlah aku dan lupakan segalanya. WAKTU BERKATA, Manfaatkan aku dan lupakan segalanya. MASA DEPAN BERKATA, Berjuanglah untukku dan lupakan segalanya. Namun ALLAAH BERFIRMAN: Cukup mengingati Aku dan Aku akan beri kamu segalanya. | (48) PESAN IMAM SYAFIE Seburuk-buruk bekal menuju alam akhirat adalah permusuhan dengan sesama hamba Allaah. | (49) BAIKI DIRI SENDIRI Jangan pernah melihat dosa orang lain. Lihatlah dosa kita sendiri. Butakan mata kita untuk melihat aib orang lain. Dan buka mata hati kita untuk melihat aib sendiri. Jangan pernah merasa lebih baik daripada orang lain agar kita sibuk memperbaiki diri sendiri. |
| (50) REZEKI MILIK ALLAH REZEKI itu Milik Allaah SWT. Semakin Kita Ikhlas memberi kepada orang lain, insya Allaah DIA memudahkan Rezeki kita juga. | (51) BERISTIGHFARLAH Jika rezekimu seakan tersekat, janganlah berputus asa. Beristighfarlah, kerana dengan setiap istighfar (Astaghfirullah), Allaah SWT bukan sahaja mengampunkan dosa-dosa kita, tetapi juga melapangkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Mohonlah kepada-Nya dengan sepenuh hati, nescaya Allaah SWT akan menyambut permohonanmu. | (52) CINTAI RASULULLAH Rasulullah SAW bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ayahnya, anaknya dan sekalian manusia." (HR: Bukhari, no. 15) | (53) SEBAIK-BAIK MANUSIA Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia" (HR. Ahmad, ath-Thabrani, no:3289). | (54) BERSYUKURLAH Segunung berlian tak akan cukup untuk orang tak mengenal erti bersyukur. Sedangkan sepinggan nasi cukup untuk orang yang selalu bersyukur. |
| (55) BERANI AMBIL RISIKO Dalam hidup ini, Jangan takut mengambil risiko. Jika BERJAYA.. kita akan GEMBIRA. Jika GAGAL.. kita akan BELAJAR sesuatu darinya. | (56) BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH Tidak ada perkara yang Allaah datangkan dalam hidup melainkan ia baik untuk kita. Tidak ada juga perkara yang Allaah hilangkan atau jauhkan melainkan itulah yang terbaik untuk kita. Percaya dan sangka baiklah pada Allaah, Dia Maha Bijaksana. | (57) TAKDIR ALLAH Qodarullah - "Setiap rencana yang telah kita susun dengan rapi, jika itu tidak menjadi kenyataan, percayalah ketetapan terbaik sudah Allaah aturkan jauh lebih indah." | (58) MUSIBAH BESAR Musibah besar bagi kita bukanlah hilangnya dunia dari genggaman, akan tetapi musibah besar apabila tidak diberikan kemampuan bersyukur dari banyaknya nikmat Allaah SWT. | (59) JANGAN BERMUSUHAN Dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang dibenci Allaah S.W.T adalah orang paling suka bermusuhan." (HR: Imam Al-Bukhari) |
| (60) JADILAH ORANG PERTAMA Orang yang lebih dulu meminta maaf, dialah orang yang paling pemberani. Yang lebih dulu memaafkan, Dialah orang yang paling kuat. Yang lebih dulu melupakan, dialah orang yang paling berbahagia. Berusahalah selalu untuk menjadi orang yang paling dulu. | (61) MANUSIA TERINDAH Manusia terindah itu adalah mereka yang khuatir ucapannya menyakiti hati orang lain. Percayalah, setiap perbuatan akan kembali pada diri sendiri. Maka fokuslah untuk selalu berfikir baik, berbuat baik, berhati baik dan berkata yang baik-baik. | (62) JADILAH SEPERTI AKAR Jadilah seperti AKAR yang gigih mencari air, menembus batu keras demi memberi kehidupan. Tidak terlihat, tidak dipuji, namun tetap bekerja, kerana keteguhan itu tidak memerlukan sorakan sesiapa. | (63) DIAM ADALAH LEBIH BAIK Jika telinga mendengar cerita dari seseorang, gunakan juga mata untuk melihat dan akal fikiran untuk menilai. Barulah gunakan mulut untuk berkomentar - "Hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam jika tidak mampu berkata baik" (HR: Bukhari, No. 6018). | (64) INGAT SOLAT INGAT ALLAH Sentiasa ingat bahawa Allah boleh matikan kita bila-bila masa saja dan solat tu hanya 5 minit, Tetapi jahatnya kita kalau 5 minit pun tidak boleh nak berkorban, balas kebaikan dan bersyukur pada Allah. Syukur Dan redha kunci bahagia. |
| (65) ORANG TUA IBARAT PENENGAH PINTU SYURGA Daripada Abu Darda RA, Rasulullah SAW bersabda : “Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh itu letakkan lah ia atau jagalah ia baik-baik .” (HR: Ibnu Majah). | (66) TURUNKAN HUJAN YANG BERMANFAAT Daripada Ummul Mukminin, Aisyah R.Anha menyatakan, Rasulullah SAW ketika melihat turunnya hujan, Baginda mengucapkan "Allaahuma shoyyiban nafi'a" (Ya Allaah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat) (HR: Bukhari, no. 1032). | (67) BERBAKTI KEPADA ORANG TUA Imam Nawawi berkata: "Barang siapa yang ingin berbakti kepada orang tuanya, maka hendaklah dia bersedekah atas nama mereka, kerana sedekah tersebut sampai kepada orang yang meninggal dan ia mendapat manfaat darinya tanpa perselisihan di antara umat Islam." | (68) INDAHNYA ILMU Ilmu tidak akan cantik, tidak akan nampak, tidak akan bersinar, tanpa adanya akhlak yang baik dari seorang muslim. Dengan cinta, hidup menjadi indah. Dengan ilmu, hidup menjadi mudah. Dengan agama, hidup menjadi terarah. Dan INGATLAH, Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allaah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga." (HR. Muslim. 2699). | (69) IKHLAS HANYA KERANA ALLAH Ikhlas itu Jangan ingin dilihat, Jangan ingin diketahui, Jangan ingin dipuji, Jangan ingin dihargai, Jangan ingin dibalas budi oleh manusia. Biar kita dan Allaah saja yang tahu. Tak perlu pengakuan dan penilaian manusia, kerana Allaah maha adil dalam menilai. |
| (70) NAFKAH KEPADA AHLI KELUARGA Dari Abu Mas’ud Al-Anshari, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan mengharapkan ganjaran pahala dari Allaah SWT, maka perbelanjaan itu dikira sebagai sedekah untuknya.” (HR: Bukhari). | (71) ORANG PEMURAH DEKAT DENGAN ALLAH Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang pemurah itu dekat dengan Allaah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allaah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesunggunya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allaah daripada seorang abid yang bakhil.” HR: at-Tirmizi: No. 1961 | (72) ZIARAH ORANG SAKIT Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudara seagama kerana Allaah maka Malaikat akan berkata kepadanya, beruntunglah kamu dan beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah) bahawa kamu telah menempah syurga sebagai tempat tinggalmu. (HR: Imam al-Tirmizi & Ibnu Majah). | (73) INGAT KEBAIKAN ORANG Ingat kebaikan orang kepada kita, lupakan kebaikan kita pada orang. Ingat keburukan yang ada pada diri, lupakan keburukan orang pada diri kita. | (74) NIAT YANG BAIK Terkadang niat baik tidak selalunya diterima dengan baik. Tapi, percayalah niat baik selalunya menemui pengakhiran yang baik. |
| (75) BERKATA YANG BAIK-BAIK Manusia terindah itu adalah mereka yang khuatir ucapannya menyakiti hati orang lain. Yang pasti, setiap perbuatan akan kembali pada diri sendiri. Maka fokuslah untuk selalu berfikir baik, berbuat baik, berhati baik dan berkata yang baik-baik. | (76) BOLEH MELAKUKAN Dalam melakukan sesuatu, janganlah mencari alasan untuk TIDAK BOLEH, tetapi carilah alasan supaya jadi BOLEH. | (77) BERILMU TAPI MASUK NERAKA Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh dan supaya dihormati oleh manusia, Allaah akan memasukkannya ke dalam neraka" HR: Tirmizi No: 2578 (Hasan). | (78) MEMBANTU DALAM KESUSAHAN Jika melihat orang lain sedang kesusahan, jangan berfikir ALLAAH sedang mengujinya. Tapi cubalah berfikir bahawa ALLAAH sedang menguji kita, adakah kita mampu menghulurkan tangan kita untuk membantunya? | (79) MENUNTUT ILMU KERANA DUNIA Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mempelajari suatu ilmu yang seharusnya kerana Allaah SWT, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia, maka dia tidak akan mendapat bau Syurga pada Hari Kiamat." HR: Abu Daud No: 3179 (Sahih). |
| (80) DOAKAN MEREKA Jika tanganmu terlalu pendek untuk membalas kebaikan orang lain, maka panjangkanlah lisan mu untuk selalu mendoakan mereka. | (81) DOA KETIKA HUJAN Daripada Ummul Mukminin, Aisyah R.Anha menyatakan, Rasulullah SAW ketika melihat turunnya hujan, Baginda SAW mengucapkan اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا Allahumma shoyyiban nafian (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat)." (HR: Bukhari, no. 1032). | (82) JAGA KEPENTINGAN SAUDARA Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allaah SWT akan selalu memperhatikan kepentingannya.? (HR: Muslim). | (83) PENCEGAH MUSIBAH Dari Umar r.a., katanya: "Siapakah yang hafal sebuah hadis Rasulullah SAW berkenaan dengan fitnah (Musibah)?" Jawab Hudzaifah, "Aku mendengar Baginda bersabda: Fitnah (musibah/malapetaka/bencana/stress) yang berlaku di dalam keluarga, harta dan jiran seseorang itu, dapat ditutup (di hapuskan) oleh: SOLAT, PUASA, SEDEKAH" (HR: Bukhari, No. 929). | (84) SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA Sabda Rasulullah SAW: "Tiada seorang Mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati walaupun terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh ALLAAH SWT" HR: Muslim. |
| (85) CARILAH KEBAIKAN ORANG Segemuk-gemuknya ikan pasti ada tulangnya, sekurus-kurusnya ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya, seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Carilah yang baik dalam buruknya seseorang dan carilah buruk sendiri lalu perbaikinya. | (86) REBUTLAH 5 PELUANG Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain iaitu masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu (HR: Muslim). | (87) MEMBANTULAH JANGAN MENYUSAHKAN Jika tidak dapat membantu, jangan menyusah. Jika tidak dapat memberi jangan merampas. Jika tidak dapat memuji. jangan mengutuk. Jika tidak dapat menyokong, usah menjatuh! | (88) JADILAH YANG KITA MAMPU Jika kita tidak mampu menjadi BATU PERMATA, usahlah menjadi BATU API kerana kita tidak pasti bila kita akan ditemani oleh BATU NISAN. | (89) MUKMIN TERBAIK Mukmin terbaik bukan yang paling banyak cakap, tapi yang paling banyak manfaat. Jadilah mukmin yang bila dia hadir, orang merasa tenang dan tidak menyampah. Bila dia tiada, orang merasa kehilangan dan kekurangan. |
| (90) JAUHI HASAD DENGKI Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dengki akan memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR: Sunan Abu Daud No:4257). | (91) BERBUAT BAIK SELALU Jika tidak dapat membantu, jangan menyusah. Jika tidak dapat memberi jangan merampas. Jika tidak dapat memuji. jangan mengutuk. Jika tidak dapat menyokong, usah menjatuh! | (92) JAGALAH MULUT DAN TUTUR KATA Jagalah mulut dan tutur kata. Kerana mulut yang berkata buruk dan menghina orang itulah mulut sama yang kita gunakan untuk berdoa dan memuji Allaah SWT. | (93) CARI KETENANGAN Jangan DICARI KETENANGAN yang kita rasa tidak DIBERIKAN oleh ILLAHI. Sebaliknya, selidiklah KERESAHAN yang TIDAK DIUNDANG hadir di dalam HATI. | (94) BERBUAT BAIKLAH SELALU Setiap kali kita menolong orang, kita sebenarnya menolong diri sendiri. Ketika kita memudahkan urusan orang, kita juga sedang memudahkan urusan sendiri. Yakinlah, Setiap kebaikan yang kita lakukan, pasti akan berbalik kepada diri sendiri. |
| (95) JANGAN KUFUR NIKMAT Jangan DICARI NIKMAT yang kononnya ALLAAH tidak KURNIAKAN. Sebaliknya, renungilah apakah kita KUFUR terhadap NIKMAT yang tak mampu kita HARGAI dan sering kita lupakan. | (96) JANGAN IKUTI KEBANYAKAN MANUSIA, TAPI IKUTILAH DALIL Allaah SWT berfiman yang bermaksud: "Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allaah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan." (Surah Al-Anam: 116). | (97) MAKAN MINUM SAMBIL BERDIRI Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Apabila dia lupa maka hendaknya dia muntahkan (HR. Muslim). | (98) LARANGAN MEMBAKAR BINATANG Sesungguhnya siapapun tidak boleh menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan pemilik api itu sendiri (HR: Abu Daud). | (99) KELEBIHAN ILMU Nahkoda yang baik bukanlah yang pandai mengemudi kapal, tapi yang mengetahui rahsia lautan (Buya Hamka). |
| (100) BACAAN SURAH AL IKHLAS Rasullullah SAW bersabda “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya.” (HR: Tabrani & Ibnu Mas’ud). | (101) MENGAMBIL HAK ORANG LAIN Barang siapa yang mengambil hak orang lain walau hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan ke lehernya (pada hari kiamat nanti) seberat tujuh lapis bumi (HR: Bukhari & Muslim). | (102) 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada hari-hari amalan soleh yang paling disukai oleh Allaah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH -"Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allaah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allaah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." (HR al-Bukhari, No.969). | (103) SOLAT MAKANAN TERSEDIA Jika makan malam telah tersajikan, maka dahulukan makan malam terlebih dahulu sebelum shalat Maghrib. Dan tidak perlu tergesa-gesa dengan menyantap makan malam kalian (HR Bukhari & Muslim). | (104) MAAFKAN WALAU TIDAK DIMINTA MAAFKAN WALAU TIDAK DIMINTA. Kerana hati bukan tong simpanan racun kebencian. KURANGKAN BERSANGKA, TAMBAHKAN BERTANYA. Hati bersih suka akan perkara jelas bukan bersangka-sangka. |
| (105) HATI BERSYUKUR Pilih hidup TENANG, bukan MENANG. Orang tenang bukan lemah tapi bijak menilai. Syukur BUKAN MENGUNGKIT. Hati bersyukur tak sibuk mengira jasa. | (106) JANGAN PERSULITKAN HIDUP KITA Jangan persulitkan hidup kita dengan membenci orang lain, kerana waktu semakin singkat, umur semakin berkurang dan ajal semakin dekat. Jadi sibukkanlah diri kita untuk menjadi yang lebih baik, tapi bukan merasa diri kita yang paling baik. | (107) LARANGAN BERNAZAR Janganlah kalian bernazar , kerana bernazar itu sedikitpun tidak mempengaruhi takdir dan bahawasanya nazar itu di keluarkan oleh orang pelik (HR: Muslim & Tirmidzi). | (108) BERBICARA TENTANG SESEORANG Jika mahu berbicara tentang seseorang, pertimbangkan tiga perkara. Apakah itu BENAR, apakah itu PERLU, apakah itu BAIK?? Jika tidak, maka DIAM akan jauh lebih BIJAKSANA. | (109) JAUHI BERSANGKA BURUK Jauhilah kamu dari bersangka buruk, sebab sangkaan buruk itu ialah ungkapan yang paling dusta dan janganlah kamu mencari-cari aib orang lain, jangan pula saling mencetus kebencian. Jadilah kamu sebagai orang-orang yang bersaudara" (HR: Bukhari & Muslim). |
| (110) NILAI BIJAK SESEORANG Nilai bijaknya seseorang itu bukan pada lantang suaranya, tetapi pada diam yang menjaga makna. Dia tidak berlumba dalam berbicara kerana dia yakin masa akan membongkarkan segalanya. | (111) RAHSIA KEHIDUPAN ADALAH AMANAH Rahsia kehidupan adalah amanah. Tidak semua perkara perlu dibicarakan, kerana semakin sedikit orang tahu, semakin tenang jiwa kita. Rasulullah SAW mengajarkan, tinggalkan yang tidak bermanfaat, kerana diam itu kebijaksanaan dan menjaga hati itu tanda iman. | (112) JANGAN MERENDAHKAN ORANG LAIN Merendahkan orang lain tak menjamin dirimu lebih tinggi, menjelekkan orang lain tak menjamin dirimu lebih baik, menghina orang lain tak menjamin dirimu lebih mulia. Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Ucapkanlah: "Ya Allah, tunjukilah aku dan luruskanlah aku” (Ruj: Hadith riwayat Muslim (2725)). | (113) LARANGAN MENCELA MAKANAN Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila Baginda berselera (suka), Baginda memakannya. Apabila Baginda tidak suka, Baginda pun meninggalkannya (tidak memakannya)." (HR. Bukhari & Muslim). | (114) AKHLAK BAIK DARI HATI YANG BAIK Rasulullah SAW bersabda: "Ingatlah bahwa di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Jika ia rosak, maka rosak lah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati" (HR. Bukhari no. 52 & Muslim no. 1599). |
| (115) SIFAT YANG DICINTAI ALLAH Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allaah, iaitu lemah lembut dan sifat berhati-hati (sabar)." (HR: Tirmizi No: 1934). | (116) JANGAN TAKUT Jangan takut usia kita menua, takutlah jika kita masih muda tapi tak berguna. Jangan takut diuji sakit melarat. Takutlah jika badan kita sihat tapi tak memberi manfaat. | (117) WASPADA PADA DIRI SENDIRI Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah RA berkata, "Jiwa-jiwa itu (tabiat dasarnya) suka mengetahui kebaikan kebaikan dirinya dan mengetahui keburukan-keburukan orang lain." | (118) TABAYYUN Jika telinga mu mendengar cerita dari seseorang, Gunakan juga mata mu untuk melihat dan akal fikiran mu untuk menilai, Barulah pergunakan mulut mu untuk berkata-kata (Hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam jika tidak mampu berkata baik) HR: Bukhari, No. 6018. | (119) MENSYUKURI NIKMAT Sihat itu rezeki, tenang itu rezeki, Dapat apa-apa yang baik juga rezeki. Walau sekecil-kecil rezeki, tetaplah memanjatkan syukur, jangan diperkecil dan dihina, kerana setiap rezeki itu didatangkan oleh Allaah SWT untuk mengukur sejauh mana kita mensyukuri nikmatNya. |
| (120) KEBAIKAN DAN KEBERKATAN Di mana ada Kebaikan, di situ ada Keberkatan, di mana ada Kesabaran, di situ ada ganjaran, di mana ada Ujian, di situ ada jalan, di mana ada Kesukaran, di situ ada Kemudahan, di mana ada Iman, di situ ada Rahmat Tuhan. | (121) JANGAN MENILAI DIRI DAN ORANG LAIN Janganlah kita kotorkan nama orang lain untuk menunjukkan diri kita yang terbaik. Kita bukan siapa-siapa untuk menilai diri sendiri dan orang lain. | (122) PERBAIKI AIBMU Pesan Saidina Ali bin Abi Talib "Jangan mengawasi orang lain. Jangan mengintai geraknya. Jangan membuka aibnya. Jangan menyelidikinya. Sibuklah dengan diri kalian. Perbaiki aibmu, kerana kamu akan ditanya (Allaah) tentang dirimu, bukan tentang orang lain. | (123) SIFAT-SIFAT SEORANG NABI Abdullah bin Abbas RA berkata, "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Rasulullah SAW) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, tunai janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi" (HR: Bukhari No: 2484). | (124) ALLAH MENUTUP AIB KITA Mengetahui aib orang lain adalah perkara berat yang seumur hidup kita akan memikulnya, Maka berusahalah untuk menutup mata, telinga dan lisan kita untuk tidak mengetahui aib orang lain kerana Allaah sentiasa menutup aib kita. |
| (125) HIDUP MENERIMA DAN MEMBERI Jika ingin mendapatkan sesuatu, belajarlah memberi sesuatu. Jika ingin mendapatkan kebaikan, belajarlah berbuat baik kepada orang lain. Hidup bukan hanya tentang menerima, tetapi juga tentang memberi. | (126) KEMISKINAN HAKIKI Ibnu Rajab rahimahullah berkata "Janganlah kamu mengira bahawa kemiskinan adalah tidak adanya kecukupan (harta). Akan tetapi kehilangan ilmu agama, itulah salah satu kemiskinan yang terbesar." | (127) JANGAN SOMBONG Terkadang bukan kerana kehebatan yang membuat seseorang itu berhasil. Tetapi kerana Allaah SWT yang memudahkan urusannya, dan amat mudah sekali bagi Allaah SWT untuk menariknya kembali pada bila-bila masa. | (128) HIDUP UMPAMA BUKU NOTA Hidup ini umpama buku nota. Dua muka surat pertama telah ditulis oleh Allaah. Muka surat pertama adalah kelahiran kita ke dunia. Muka surat terakhir adalah kematian kita. Muka surat tengah masih kosong. Jadi, isilah muka surat tengah itu dengan kebaikan dan keikhlasan. | (129) ANUGERAH NIKMAT UNTUK HAMBA "Tidaklah Allaah SWT menganugerahkan kenikmatan kepada seorang hamba, kemudian ia memuji Allaah SWT kerananya, kecuali pujian itu menjadi lebih afdhal dari kenikmatan tersebut." (HR: At-Thabrani dari Abu Umamah) |
| (130) JADILAH ORANG YANG MEMBANTU Jika KITA Tidak Boleh Menjadi PENSIL Untuk Melukis KEBAHAGIAAN HIDUP SESEORANG, Maka Jadilah PEMADAM Yang Boleh Menghilangkan KESUSAHAN Seseorang. | (131) ORANG YANG SABAR Diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Nabi SAW yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. (HR: al-Tirmizi No. 2260). | (132) PERANCANGAN ALLAH YANG INDAH Perancangan Allaah itu yang paling indah. Disaat kita tidak berniat untuk mencari sesuatu, tetapi Allaah tetap anugerahkan pelbagai untuk kita. Disaat kita tidak pernah terfikir untuk mengejar, tetapi Allaah permudahkan untuk kita. Sungguh rezeki dan takdir itu rahsia di antara waktu Allaah berikan di saat yang paling tepat, ketika kita memerlukannya. | (133) SUMBER KEMISKINAN DALAM DIRI 4 Sumber Kemiskinan dalam Diri Kita: 1. DARI MULUT - Selalu mengeluh & Selalu tidak puas hati 2. DARI TANGAN - Hanya menerima & Tidak pernah memberi 3. DARI MATA - Hanya melihat kebaikan diri sendiri & Melihat orang lain selalu salah 4. DARI HATI - Tidak suka melihat orang lain senang & Penuh rasa iri dengki | (134) JANGAN REMEHKAN KEBAIKAN Daripada Abu Dzar al-Ghifari Raḍhiyallāhu an-hu, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau menganggap remeh sedikitpun terhadap kebaikan, walaupun engkau hanya sekadar bermuka ramah kepada saudaramu saat bertemu." (HR: Muslim: No. 2626) |
| (135) HARGAI TEMPAT KITA BEKERJA "Hargailah tempat kita bekerja, meskipun tidak membuatkan kita kaya raya. Tapi, dari tempat itulah Allaah SWT mengaturkan ada rezeki untuk kita. | (136) PERTEMUAN DUA MUSLIM Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (HR: Sunan Abi Daud). | (137) TINGKATKAN SEDEKAHMU Jika Allaah menaikkan rezekimu, jangan naikkan gaya hidupmu, tapi naikkanlah sedekahmu, semoga Allaah menambah terus rezekimu. | (138) MALAIKAT MENDOAKAN "Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seislamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat hingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allaah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila lagi." (HR: Tirmizi) | (139) SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA Daripada Abu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berkurang harta seseorang dengan sedekah. Tidaklah orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allaah akan menambah kemuliaannya. Dan tidaklah orang yang merendahkan diri kerana Allaah, melainkan Allaah akan mengangkat darjatnya." (HR: Muslim no. 4689). |
| (140) ISLAM MANAKAH YANG LEBIH BAIK Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Rasulullah SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (HR: Bukhari No: 12 - Dar Ibn Kathir). | (141) ISLAM PALING BAIK Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Rasulullah SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (HR: Bukhari No: 12 - Dar Ibn Kathir). | (142) NUZUL AL-QURAN "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." (Surah Al-Israk, ayat 9). | (143) RASULULLAH PEMURAH BULAN RAMADAN Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui Baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, Baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR: Muslim No: 2308). | (144) BEBAS DARI API NERAKA Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allaah SWT membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka pada setiap waktu berbuka puasa dan ia berlaku pada setiap malam (Ramadan).” (HR: Ibnu Majah). |
| (145) JAGA PENDENGARAN, PENGLIHATAN, LISAN SEMASA PUASA Jabir bin Abdilah radhiyallahu anhu berkata, Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja." (Lathoif Al Maarif 1/168). | (146) KERUGIAN ORANG BERPUASA 5 Kerugian Orang Berpuasa 1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat. 2. Meninggalkan hari-hari di hulan Ramadan tanpa sedekah 3. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa 4. Menghabiskan waktu pagi & petang hanya berbaring dan tidur atas alasan letih puasa 5. Langsung tidak baca/dengar Al-Quran & Zikir | (147) MENGHIDUPKAN MALAM RAMADAN Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allaah SWT), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR: Bukhari No: 36). | (148) INGAT 3 LOKASI INI HOSPITAL: Kita akan faham bahawa TIADA apa yang lebih indah dari KESIHATAN. PENJARA: Kita akan tahu bahawa nilai KEBEBASAN itu amatlah BERHARGA. PERKUBURAN: Kita akan SEDAR bahawa KEHIDUPAN ini hanya SEMENTARA. | (149) BERSEDEKAH SEDEKAHLAH...Simpanpun tak kaya, Bagipun tak miskin. |
| (150) NIKMAT MANA YANG DIDUSTAKAN Ketika sakit, Dosa diampuni. Ketika dizalimi, Doamu dikabuli. Ketika bersyukur, Nikmatmu ditambah Ilahi. Maka tanyalah diri kita nikmat manakah lagi yang kamu dustakan? | (151) MENDOAKAN KEBAIKAN Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula." (HR: Muslim). | (152) PESAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB Jangan mengawasi orang lain. Jangan mengintai geraknya. Jangan membuka aibnya. Jangan menyelidikinya. Sibuklah dengan diri kalian. Perbaiki aibmu, kerana kamu akan ditanya (Allaah) tentang dirimu, bukan tentang orang lain. | (153) DOAKAN ORANG LAIN Jangan lupa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Kerana setiap kali berdoa untuk orang, malaikat akan memohon kembali doa yang sama untuk diri kita. | (154) TIDAK TERGESA-GESA DALAM BERDOA Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang dari kalian akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa hingga mengatakan; Aku telah berdoa kepada Rabbku, namun Dia belum juga mengabulkan untukku" HR Muslim No: 4917 (Sahih). |
| (155) KIFARAH Dalam Islam tidak ada Karma, yang ada adalah Perdamaian. Apa yang kita berikan, kita akan dapat kembali. Jika kamu baik, kebaikan akan datang kepadamu, begitu juga sebaliknya, kerana Allaah SWT itu adil. Apabila seseorang menganiaya kamu, bersabarlah, kerana Allaah SWT juga mempunyai perancangan untuk mereka. |