Al-Baqarah (2) : 97
قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".
ASBAB 1
lbnu Jarir At-Tabari menukil sebab turunnya ayat ini berdasarkan ijma? dan hadis yang menguatkan satu sama lain. Diceritakan Abdurrahman bin Abu Laila berkata bahawa ada seorang Yahudi datang menemui Umar bin AI-Khathab dan berkata, "Sesungguhnya, Jibril yang sahabat kamu (Muhammad) sebut adalah musuh kami." Umar menjawabnya, ?Barang siapa yang memusuhi Allah, para malaikat, para rasul, Jibril dan Mikail, sungguh dia telah menjadi musuh Allah." lbnu Jarir At-Tabari mengatakan bahawa ayat ini turun persis sama dengan apa yang diucapkan Umar.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)