Al-A’raaf (7) : 89
Doanya:
قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللَّهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَعُودَ فِيهَا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
Maknanya: Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.
Keterangannya: Inilah pinta nabi Syuaib a.s. kepada Allah setelah baginda diberi kata dua oleh kaumnya sama ada terusir dari kalangan mereka atau kembali kepada agama nenek moyang mereka. Nabi Syuaib bertawakkal kepada Allah dan mendoakan supaya Allah menunjukkan siapakah yang benar (hak) di antara baginda dan kaum baginda itu. Dalam ayat yang berikutnya kaum nabi Syuaib yang ingkar itu menerima balasan gegak gempa yang dashyat lagi mengerikan yang membinasakan mereka.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)