Al-A’raaf (7) : 91
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
TAFSIR
Setelah Allah swt menjelaskan jawapan para pemuka kaum Syu?aib dan tuntutan mereka kepadanya supaya kembali kepada agama mereka. Selanjutnya Allah menjelaskan pula keputusan mereka terhadap Syu'aib, setelah mendapat jawapan darinya bahawa beliau tetap teguh pendirian hatinya dalam melawan gangguan mereka dan tetap akan memberi nasihat dan peringatan kepada mereka. Maka di sini Allah menegaskan tentang kedudukan mereka dan bencana yang akhirnya menimpa mereka, (LaIu datanglah gempa menimpa mereka dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka). Pada ayat ini dinyatakan bahawa yang menimpa mereka adalah rajfah (gempa) sedangkan yang menimpa kaum Hud adalah shaihah (petir) seperti halnya bencana yang telah menimpa kaum Tsamud.
Rujukan: 2001: 322-324 (Tafsir al-Tabari)