Al-Anfaal (8) : 27
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
HADISNYA
Hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a, dari Nabi saw bahawa beliau bersabda "Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah bendera pada hari Kiamat yang bertuliskan 'Inilah pengkhianatan si fulan."'
No Hadis: 3268
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)