Al-Anfaal (8) : 62
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
HADISNYA
Hadis riwayat Ibnu Umar r.a, Seorang lelaki melaporkan kepada Rasulullah saw bahawa ia tertipu dalam jual beli. Maka Rasulullah saw bersabda "Katakanlah kepada orang yang kamu ajak berjual-beli, Tidak boleh menipu! Sejak itu jika ia bertransaksi jual beli, ia berkata, Tidak boleh menipu!
No Hadis: 2826
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)