Al-Anfaal (8) : 73 (Blok: 72-75)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Abu Syaikh dari As-Saddi dari Abu Malik, dia berkata bahawasannya ayat ini turun sebagai jawapan dari pertanyaan kaum muslimin "Bagaimanakah kalau kami memberi dan menerima harta waris dari saudara kami yang musyrik?" Turunlah ayat 72-73 ini sebagai penjelasan bahawa antara mukmin dan kafir tidak saling mewarisi harta. Ibnu Saad meriwayatkan dari jalan Hisyam bin Urwah dari ayahnya, dia berkata "Rasulullah saw telah mempersaudarakan Zubair bin Awwam dengan Kaab bin Malik. Zubair berkata "Pada saat Perang Uhud, aku melihat Kaab terluka parah. Kemudian aku berkata 'Jika dia mati, dia terputus hubungannya dengan keluarga dan aku akan menjadi pewarisnya.' Kemudian ayat ini pun turun dan jadilah warisan itu bagi orang yang mempunyai tali persaudaraan dan kerabat bukan berdasarkan yang lainnya."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)