At-Taubah (9) : 91
لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ وَلَا عَلَى الْمَرْضَى وَلَا عَلَى الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Zaid bin Tsabit bahawa ketika Rasulullah sedang menantikan wahyu turun, Zaid bin Tsabit bersiap untuk menuliskan wahyu, dia berkata "Ketika itu, aku hendak mencatat surat At-Taubah, tiba-tiba datang seseorang yang buta menyampaikan uzurnya bahawa dirinya tidak dapat turut berperang bersama beliau. Lalu turunlah ayat ini sebagai keringanan bagi orang-orang yang berhalangan untuk turut berperang bersama Rasulullah saw"
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)