Yusuf (12) : 38
Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
TAFSIR 1
(Dan aku mengikuti agama nenek moyang-Ku, Ibrahim, Ishaq dan Yaaqub) Yusuf berkata, "Aku meninggalkan jalan kekafiran dan kemusyrikan dan aku menempuh jalan para rasul." Demikianlah keadaan orang yang menempuh jalan yang mendapat petunjuk, mengikuti jalan para rasul, berpaling dari jalan orang-orang yang sesat. Terhadap orang yang seperti itu Allah swt akan menunjukkan hatinya, mengajarkannya, menjadikannya panutan kebaikan." (Tidak pantas bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah. Itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (semuanya)). Hal itu adalah tauhid iaitu pengakuan bahawa tidak ada tuhan selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Maksud firman Allah swt, (Dari kurnia Allah kepada kami) adalah Dia mewahyukannya dan memerintahkannya kepada kami. (Dan kepada manusia) kerana Dia menjadikan kami sebagai dai untuk mereka mengajak tunduk kepada-Nya (Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur) yakni kebanyakan mereka tidak mengetahui nikmat Allah yang berupa diutusnya para rasul kepada mereka. Tetapi mereka sebagaimana dikatakan Al-Quran sebagai berikut. (Menukar nikmat Allah dengan ingkar kepada Allah dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan) (QS Ibrahim, 14:28).
Rujukan: 1999: 526 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini sebagai kelanjutan kisah pada ayat 33 bahawa Nabi Yusuf lebih memilih hidup di dalam penjara daripada hidup di alam bebas namun jiwanya tertekan. Pada ayat (Dan aku mengikuti agama nenek moyang-Ku, Ibrahim, Ishaq dan Yaaqub) ini, dikisahkan bahawa di dalam penjara, selain dapat memusatkan perhatian dan jiwanya untuk beribadah kepada Allah, Nabi Yusuf juga dapat melakukan aktiviti dakwah kepada para terpidana agar bertaubat dan kembali menjadi orang-orang yang baik. Sedang kepada tahanan yang tidak berdosa sebagai korban kesewenang-wenangan penguasa dihibur agar mereka bersabar dan bertakwa, bertawakal serta memohon kepada Allah agar mengakhiri penderitaan mereka. Di antara materi dakwah yang disampaikan Nabi Yusuf adalah, "Aku pengikut agama bapa-bapaku, iaitu Ibrahim, Ishaq dan Yaaqub. Tiadalah patut bagi Kami para Nabi mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada Kami dan kepada manusia (seluruhnya) tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri-Nya."
Rujukan: 2001: 162-163 (Tafsir al-Tabari)