Ibrahim (14) : 1
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah swt ((lni adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad)) adalah inilah kitab yang telah Kami turunkan kepadamu, wahai Muhammad iaitu Al-Quran yang agung dan kitab paling mulia yang diturunkan Allah Swt dari langit kepada rasul paling mulia yang Dia utus kemuka Bumi untuk seluruh penduduknya, baik orang Arab mahupun non-Arab. Maksud firman Allah swt, (Agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang) adalah tujuan Kami mengutusmu dengan kitab ini, wahai Muhammad semata-mata agar kamu mengeluarkan manusia dari kesesatan dan kesewenang-wenangan yang sedang mereka perbuat menuju petunjuk dan jalan yang lurus. Maksud firman Allah swt (Dengan izin Tuhan) adalah Dialah Zat pemberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki melalui rasul-Nya yang diutus untuk menyampaikan kebenaran atas perintah-Nya. Kepada apa mereka ditunjukkan? Iaitu, (Menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa) yakin Zat Yang Maha Perkasa yang tidak dapat dicegah dan dikalahkan tetapi justeru Dialah Zat Yang Maha Kuasa atas siapa saja selain-Nya. Dan Dia adalah Zat yang (Maha Terpuji), Yakin Maha Terpuji dalam seluruh perbuatan-Nya, firman-Nya, syariat-Nya, perintah-Nya dan larangan-Nya serta Maha Benar dalam seluruh khabar yang disampaikan-Nya.
Rujukan: 1999: 551 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini, Allah memberikan penjelasan bahawa Dia telah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad dengan maksud dan tujuan memberikan petunjuk dari berbagai macam kegelapan kesesatan dan kekufuran menuju kepada cahaya dan penerangan iman sehingga orang-orang yang sebelumnya jahiliyah dan buta mampu melihat dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Tentunya dengan taufik dan kemahalembutan Tuhan kepada segenap makhluk menuju jalan Allah yang lurus iaitu jalan agama yang diredhai-Nya. Pentafsiran ini didasarkan kepada riwayat Qatadah.
Rujukan: 2001: 591-592 (Tafsir al-Tabari)