Al-Israa’ (17) : 53
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
TAFSIR 1
Allah swt menyuruh Nabi Muhammad saw menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya bahawa Allah mewajibkan mereka berkata santun dan jujur. Jika manusia tidak melakukan ini, maka syaitan akan masuk dari celah itu dan meniupkan api permusuhan antara manusia. Syaitan kelak menyulut reaksi negatif si lawan bicara dari perkataan buruk kawannya. Implikasinya, lahirlah perselisihan, persengketaan, bahkan pembunuhan. Semua keburukan ini ditiupkan syaitan terkutuk sejak dahulu. Syaitan adalah musuh Adam dan seluruh keturunannya semenjak lblis diperintahkan Allah bersujud hormat kepada Adam tetapi ia menolak perintah Allah kerana kesombongannya. Ketidakpatuhan iblis membuatnya terusir dari syurga. Kerana itu, iblis pun berjanji akan menggoda Adam dan keturunannya sebisa mungkin dan menyesatkan mereka dari hidayah Allah swt. Berdasarkan hal tersebut, dapat difahami dan dimaklumi larangan bagi seorang muslim menunjuk ke arah saudaranya dengan jari dan pandangan sinis kerana syaitan menjadikan jari itu sebagai panahnya untuk ditancapkan ke hati lawan bicara sehingga menimbulkan permusuhan di antara mereka. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda 'Jangan sampai seorang di antara kamu menunjuk ke arah saudara muslimnya dengan menggunakan senjata kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui syaitan dapat menyebabkan permusuhan melalui jarinya sehingga akhirnya ia akan tergelincir di lubang neraka. "
Rujukan: 1999: 615 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt seolah menegaskan kepada Nabi Muhammad saw, "Katakanlah, wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku agar mereka berbicara satu sama Iain dengan omongan dan ucapan yang baik (benar). " Diriwayatkan dari Khallad bin Aslam, ia berkata, "An-Nadhr meriwayatkan kepada Kami, ia berkata Al-Mubarak meriwayatkan dari Al-Hassan seputar ayat, (Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)). la berkata, 'Yang lebih baik, tidak berbicara seperti ucapannya, tetapi katakanlah kepadanya, 'Semoga Allah mengasihimu dan mengampuni dosamu.'" Allah menegaskan bahawa syaitan sating menjelekkan omongan mereka satu sama lain ketika berbicara. Iaitu, saling menjelekkan satu sama lain dan melemparkan omongan buruk di antara mereka. (Sungguh, syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia) bahawa syaitan bagi keturunan anak-cucu Adam merupakan musuh yang nyata. Telah nyata permusuhan syaitan kepada Adam yang memendam rasa dengki dan cemburu kepadanya sehingga mengeluarkan Adam dari syurga.
Rujukan: 2001: 621-624 (Tafsir al-Tabari)