Al-Israa’ (17) : 73
Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mirdawaih dari Ibnu Abbas bahawa ayat ini turun berkenaan dengan beberapa orang Quraisy di antaranya Abu Jahal dan Umayyah bin Khalaf. Mereka mengajak Rasulullah saw untuk meminta berkah pada sembahan mereka lalu mereka berjanji akan beriman kepada Allah. Rasulullah sempat terpengaruh oleh ajakan itu tetapi Allah mengingatkannya dengan menurunkan ayat ini. Riwayat ini adalah riwayat yang paling sahih tentang sebab turunnya ayat ini. Sanad-nya bagus dan ada syahid kendati dari riwayat lain juga ada iaitu dikeluarkan oleh Abu Syaikh dari Said bin Jubair. Dia berkata "Rasulullah saw pernah sekali melambaikan tangan ke Hajar Aswad kemudian orang-orang musyrik berkata 'Kami tidak akan melambai kepada Hajar Aswad sebelum kamu melambai kepada tuhan-tuhan kami.' Kemudian Rasulullah berkata 'Aku tidak mempunyai kuasa untuk itu. Kalaupun aku melakukan itu, sungguh Allah mengetahui bahawa diriku bermaksud baik.' Lalu ayat ini pun turun."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)