Maryam (19) : 2
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
Maryam (19) : 2 (Blok: 2-6)
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
TAFSIR 1
Surah ini dibuka dengan kisah Zakaria a.s. Ayat kedua surah ini dibuka dengan kalimat yang indah (Inilah salah satu kisah hamba Allah yang dekat dengan-Nya juga dengan rahmat-Nya) Yahya bin Ya?mar membaca ayat kedua dengan dua qiraat yang masyhur huruf ya dibaca dengan nada dipanjangkan (dibaca dengan mad) atau dipendekkan (dibaca qashr). Zakaria adalah salah seorang nabi yang agung, pemimpin bani Israil. Dikatakan dalam Sahih Bukhari bahawa profesi sehari-harinya adalah seorang ahli kayu. Dia membiayai hidupnya dengan usahanya sendiri. Allah berfirman pada ayat ketiga surah ini ((Iaitu) ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut) Ayat tersebut bermakna bahawa Nabi Zakaria meminta kepada Allah dengan cara ini kerana Allah lebih menyukai hal tersebut. Qatadah memberikan komen ketika menjelaskan ayat ini bahawa sesungguhnya Allah menyukai hati yang takut dan bertakwa. Dia amat Maha Mendengar suara yang halus dan samar. Kelanjutan doa Nabi Zakaria kepada Allah diteruskan pada ayat berikutnya. (Dia (Zakaria) berkata, ?Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah?). Ayat tersebut menunjukkan adanya perendahan fisik yang semakin melemah dan kekuatan yang semakin menurun. Ayat tersebut dilanjutkan dengan, (Dan kepalaku telah dipenuhi uban) yakni uban yang menyelimuti helai-helai rambut yang hitam. Seluruh ungkapan Zakaria ini bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Pencipta dengan usia yang bertambah senja beserta tanda-tanda zahirnya. Ayat keempat ini ditutup dengan kalimat, (Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku) Ayat tersebut menunjukkan bahawa tidak pernah terjadi Allah tidak mengabulkan dan tidak mengendahkan doa Zakaria di dunia.
Rujukan: 1999: 652 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dari Qatadah, rangkaian ayat ini menjelaskan tentang Nabi Zakaria, ketika ia berdoa kepada Tuhannya secara sembunyi-sembunyi dan lirih kerana sesungguhnya Allah mengetahui hati yang bersih dan suara yang pelan sekalipun. Dari Ibnu Juraij, ia menambahkan yang dimaksud adalah dengan tujuan tidak riak. Sedangkan isi doanya adalah bahawa tulang belulangnya sudah mulai lemah kerana dimakan usia dan uban di kepala pun sudah mengubah warna rambut dan yang terakhir Zakaria mengadukan bahawa Engkau sudah terlalu banyak mengenalkanku dengan-Mu melalui berbagai macam pengabulan permintaan-permintaanku.
Rujukan: 2001: 454-455 (Tafsir al-Tabari)