Taahaa (20) : 1 (Blok: 1-2)
طه
Taa' Haa.
ASBAB 1
Ibnu Mirdawaih meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw ketika pertama kali Allah menurunkan wahyu kepadanya, ketika solat beliau berdiri di atas kedua telapak kakinya yang depan. Kemudian Allah menurunkan ayat ini. Ada berbagai riwayat lagi yang serupa dengan ini seperti yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Humaid dalam tafsirnya dari Ar-Rabi bin Anas. Begitu juga Ibnu Mirdawaih meriwayatkan dari Al-Aufi dan dari Ibnu Abbas.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)