Al-Anbiyaa’ (21) : 6
مَا آمَنَتْ قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَفَهُمْ يُؤْمِنُونَ
Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Jarir dan Qatadah bahawa para penduduk Mekah yang masih kafir meminta kepada Rasulullah untuk memohon kepada Tuhannya agar Bukit Shafa berubah menjadi emas jika Muhammad adalah benar-benar utusan Allah. Dengan begitu, mereka berjanji akan beriman. Kemudian Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa itu bisa saja terkabul tetapi jika sekiranya demikian dan mereka tetap tidak beriman, mereka akan dibinasakan seperti umat-umat sebelum mereka. Akhirnya Rasulullah menolak permintaan mereka. Maka dari itu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)