Al-Baqarah (2) : 19
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
ASBAB 1
Dari Abdullah lbnu Abbas dan Abdullah lbnu Mas?ud diceritakan bahawa ada segolongan kaum muna?k yang telah masuk Islam setelah hijrahnya Rasulullah saw. Keadaan mereka seperti seseorang yang terjebak dalam kegelapan. Lalu mereka berusaha mencari pencahayaan dengan menyalakan api. Akan tetapi setiap kali dia menyalakannya, api itu padam. Perumpamaan mereka juga seperti orang yang ditimpa hujan lebat yang disertai kilat, petir dan guruh. Mereka pun berusaha berlindung kerana takut bahaya menimpa. Perumpamaan ini selaras dengan tabiat mereka, iaitu suatu ketika mereka syirik kemudian mereka beriman kemudian kembali sesat dan kafir. Mereka berada dalam kesamaran antara halal dan haram, antara yang baik dan yang buruk. Dua perumpamaan ini menggambarkan bahawa mereka adalah orang-orang yang akan terungkap perbuatan nifaknya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)