Al-Mu’minun (23) : 2 (Blok: 1-2)
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
TAFSIR
Maksud firman Allah (Sungguh beruntung orang-orang yang beriman) adalah mereka telah berhasil, bahagia dan memperoleh keberuntungan. Mereka adalah orang-orang beriman yang memiliki sifat-sifat sebagai berikut ((Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya). Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa yang dimaksud dengan (Orang yang khusyuk) adalah mereka yang tunduk/takut dan tenang (dalam solatnya). Demikian pula diriwayatkan dari Mujahid, Hassan, Qatadah dan Zuhri. Diriwayatkan dari Ali bin Abu Thalib bahawa dia berkata, "Yang dimaksud dengan khusyuk adalah khusyuknya hati sehingga menjadi tenang." Ibrahim an-Nakh'i juga berpendapat demikian. Hassan Al Bashri berkata, "Kekhusyukan mereka terletak pada hati mereka. Dengan kekhusyukan tersebut, mereka menundukkan pandangan dan merendahkan hati mereka. Adapun khusyuk dalam solat hanya dapat dilakukan oleh orang yang melapangkan hatinya (dari urusan selain solat), tidak sibuk memikirkan selainnya serta mengutamakannya dari hal lain (yang mengganggu ketenangan solatnya).
Rujukan: 1999: 725 (Tafsir Ibn Katsir)