Al-Baqarah (2) : 271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
TAFSIR 1
Ayat ini menjelaskan tentang baiknya mengumumkan sedekah yang akan diberikan. Akan tetapi, jika menutupinya dan tidak mengumumkannya iaitu memberikan sedekah kepada orang fakir secara sembunyi-sembunyi, maka hal itu lebih baik lagi. Namun, hal ini hanya berlaku bagi sedekah yang sunat kerana untuk ibadah wajib lebih utama diumumkan. Maksud penggalan ayat (Dan Allah akan menghapus sebahagian kesalahan-kesalahanmu) ini mengandungi berita dari Allah tentang Zat-Nya, bahawa Dia akan memberikan balasan berupa dihapuskannya kesalahan kepada orang yang bersedekah (sunnat) secara sembunyi dan hanya mengharap redha-Nya. (Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan) iaitu berupa sedekah yang disembunyikan dan ditampakkan, dirahsiakan dan yang disebutkan dan hal-hal lain dari amalan kalian. (Maha Teliti) iaitu mempunyai kemampuan dan pengetahuan bahawa tidak akan ada yang tersembunyi dari-Nya sesuatu pun. Dia meliputi segala sesuatu dan setiap hal diketahui-Nya, sehingga Dia akan memenuhi balasan segala hal. Dia akan memberikan balasan kepada yang sedikit dan kepada yang besar.
Rujukan: 2001: 14-18 (Tafsir al-Tabari)
TAFSIR 2
Ayat ini memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa bertakwa kepada Allah swt. Takwa itu sendiri bermakna menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Salah satu bentuk larangan Allah swt adalah riba. Orang yang beriman hendaknya tidak mendekati riba kerana akan berujung laknat Allah swt baik di dunia mahupun di akhirat. Disebutkan dalam sebuah riwayat, ayat ini ditujukan kepada Bani Umair dan Bani Mugirah. Pada masa jahiliah, mereka biasa mempraktiskan riba. Ketika Islam datang, mereka segera masuk Islam dan berikrar tidak mempraktiskan riba lagi. Ketika hal itu disampaikan kepada Rasulullah saw, Allah swt menurunkan ayat ini. Mereka kemudian bertaubat kepada Allah swt dan berjanji tidak akan melakukan riba. Ketika riba telah diharamkan tetapi masih ada yang mempraktiskannya bererti ia memancing supaya diperangi. Jika terbukti melakukan praktis riba, harta ribanya akan diambil, sementara modal pokok tetap menjadi hak mereka. Ketentuan ini ditegakkan supaya tidak terjadi kezaliman. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa pada hari Kiamat para pemakan harta riba diseru, "Ambillah senjatamu dan berperanglah." Disebutkan juga dalam ayat tadi bahawa ketika seseorang melakukan riba sebelum riba diharamkan, maka tidak ada kewajiban baginya untuk mengembalikan kelebihannya itu kepada orang yang pernah berurusan dengannya.
Rujukan: 1999: 156 (Tafsir Ibn Katsir)