Al-Mu’minun (23) : 109
Doanya:
رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.
Keterangannya: Kepada orang-orang kafir di akhirat kelak, Allah s.w.t. membangkitkan kepada mereka tentang segolongan hambanya yang mukmin yang berdoa sedemikian rupa, tetapi mereka ini diperolok-olokkan oleh orang-orang kafir. Walaupun demikian orang-orang mukmin yang berdoa itu tetap bersabar. Maka pada hari itu (kelak) golongan mukmin tersebut akan ménerima ganjaran atas kesedaran, kesabaran dan keteguhan mereka, dan mereka inilah yang diberi gelaran al-faizun, iaitu yang berkemenangan.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)