Al-Mu’minun (23) : 118
Doanya:
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maknanya: Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Keterangannya: Ayat-ayat sebelum ini menceritakan perihal orang-orang kafir dan kejahilan mereka di dunia Serta balasan azab mereka di akhirat kelak. Lalu Allah s.w.t. memerintahkan nabi Muhammad s.a.w. dan umat baginda supaya sentiasa memohon keampunan Allah Azza wa Jalla dan rahmatNya, semoga mereka selamat di dunia dan di akhirat.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)