Al-Qasas (28) : 85
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata ".
TAFSIR 1
Allah berfirman (Sesungguhnya (Allah) yang mewajibkan engkau (Muhammad) untuk (melaksanakan hukum-hukum) Al-Quran, benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali) maksudnya Allah mewajibkan beliau untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia sampai hari kiamat tiba. Di akhirat, beliau akan dimintai laporan berkaitan dengan perkembangan ajaran Islam di dunia. Imam Bukhari mengutip pernyataan Ibnu Abbas mengatakan, tafsiran kata "ke tempat kembali" bererti "ke Mekkah". Al Aufi meriwayatkan, Ibnu Abbas menafsirkan firman Allah (Benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembaIi) sebagai "Dia mengembalikanmu ke Mekkah sebagaimana Dia mengeluarkanmu darinya". Adapun Muhammad bin Ishaq meriwayatkan dari Mujahid bahawa maksud dari (Benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali) adalah mengembalikanmu ke tempat kelahiranmu di Mekkah. Sementara itu, pada kesempatan lain Ibnu Abbas menafsirkan (Benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali) sebagai "mencabut nyawamu", ?mengembalikanmu pada hari kiamat? atau memasukkanmu ke dalam syurga". Maksud firman Allah (Katakanlah (Muhammad) Tuhanku mengetahui orang membawa petunjuk dan orang yang berada dalam kesesatan yang nyata) bahawa Allah memerintahkan Rasulullah untuk menghadap orang-orang yang mendustakan dan kafir terhadap ajaran beliau. Di depan mereka, Rasulullah diperintahkan mengungkapkan bahawa sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa di antara beliau dan mereka yang telah mendapatkan petunjuk. Selain itu, sesungguhnya mereka juga akan mengetahui siapa yang akan mendapatkan balasan setimpal, baik di dunia mahupun di akhirat.
Rujukan: 1999: 820 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli takwil berbeza pendapat seputar firman-Nya (Benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali)) Sebahagian ulama berpendapat maksudnya akan dikembalikan ke syurga. Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Asy-Syahid meriwayatkan dari Utab bin Basyir dari Khushaif dari Ikrimah dari Ibnu Abbas (Benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali) ia berkata "Ke tempat kembalimu di syurga." Sebahagian ulama lain menyatakan maksudnya adalah dikembalikan kepada kematian. Ishaq bin Wahab Al Wasithi meriwayatkan dari Muhammad bin Abdullah Az-Zubairi dari Sufyan bin Said Ats-Tsauri dari Al A'masy dari Said bin Jabir dari Ibnu Abbas (Benar-benar akan mengembalikanmu tempat kembali). la berkata "Kematian" Sebahagian lain bahkan menyatakan, di kembalikan ke tempat di mana ia diusir dari kota itu iaitu Mekkah. Pendapat yang benar menurut saya adalah akan dikembalikan ke tempat kembalimu iaitu kematian atau ke tempat kembalimu ketika dilahirkan. Tafsir ayat ini, dengan demikian "Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al-Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali iaitu Mekkah yang kelak akan ditaklukkan untukmu."
Rujukan: 2001: 345-352 (Tafsir al-Tabari)