Al-‘Ankabut (29) : 8
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan lainnya dari Saad bin Abi Waqqash, ia berkata bahawa Ummu Saad mendengar puteranya telah masuk Islam, ia tidak rela bila setelah mengikuti agama Muhammad, anaknya menjadi tidak lagi berbakti kepadanya. la berkata "Bukankah Allah menyuruh untuk berbakti. Demi Allah, aku tidak makan dan tidak pula minum sehingga aku mati atau engkau kembali mengingkari Muhammad!" Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)