Al-‘Ankabut (29) : 30
Doanya:
رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Maknanya: Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka).
Keterangannya: Nabi Lut a.s. mendoakan yang demikian apabila sudah tiada lagi harapan untuk membimbing kaumnya menuju kebenaran, malahan baginda dicabar supaya menurunkan azab Allah sekiranya baginda berada di pihak yang benar. Azab Allah yang dipinta-pinta secara mencabar oleh kaumnya, akhirnya menimpa dan membinasakan mereka yang durhaka itu. Dalam malapetaka tersebut Allah s.w.t. telah mengerahkan para malaikatNya supaya menyelamatkan nabi Lut, keluarga dan para pengikutnya.