Al-‘Ankabut (29) : 32
Nabi Ibrahim berkata: "Sebenarnya Lut ada di bandar itu". Mereka menjawab: "Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) - kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan".
TAFSIR 1
Ketika Luth a.s meminta pertolongan kepada Allah swt atas mereka, Allah mengutus malaikat-Nya untuk menolong dia. Mereka singgah kepada Ibrahim sebagai tetamu dan Ibrahim menerima mereka layaknya tetamu. Ketika Ibrahim melihat mereka tidak berhasrat kepada makanan, muncul kekhawatiran dalam diri Ibrahim. Kemudian mereka menenangkan Ibrahim dan memberikan khabar gembira tentang seorang anak yang akan lahir dari isterinya, Sarah. Saat itu, Sarah ada bersama mereka. Sarah pun hairan seperti dijelaskan dalam surah Hud dan Hajar. Ketika Sarah memberitahukan khabar gembira itu kepada Ibrahim, para malaikat memberi tahu Ibrahim bahawa mereka diutus untuk menghancurkan kaum Luth, Ibrahim meminta mereka menunda, siapa tahu mereka masih bisa ditunggu dan Allah akan memberikan hidayah kepada mereka. Ketika para malaikat itu berkata akan menghancurkan penduduk itu (Ibrahim berkata "Sesungguhnya di kota itu ada Luth. " Mereka (para malaikat) berkata "Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami pasti akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Dia termasuk orang-orang yang tertinggal atau termasuk orang-orang yang merosak. Kerana perempuan itu membiarkan kekufuran, penentangan dan ketidak patuhan mereka. Para malaikat itu meninggalkan Ibrahim dan menemui Luth dalam rupa pemuda-pemuda yang tampan. Ketika Luth melihat mereka, ia peduli kepada mereka. Jika menerima mereka sebagai tetamu, ia khawatir sikap kaumnya terhadap mereka. Tetapi jika tidak menerima mereka sebagai tetamu, ia takut kepada mereka. Dan ia tidak tahu keberadaan mereka sebenarnya.
Rujukan: 1999: 827 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan "Ibrahim berkata kepada para utusan dari kalangan malaikat saat mereka mengatakan (Sungguh kami akan membinasakan penduduk kota (Sadom) ini kerana penduduknya sungguh orang-orang zalim. (QS Al-Ankabut, 29: 31) di mana mereka tidak mengecualikan seorang pun saat mereka menyebut orang-orang yang zalim (Sesungguhnya di kota itu ada Luth) Ertinya Ibrahim menganggap bahawa dia tidak termasuk orang zalim bahkan salah seorang rasul Allah swt, orang yang beriman dan taat kepada-Nya. Para utusan itu Ialu menjawab (Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu) iaitu siapa yang zalim dan kufur kepada Allah swt. Kami lebih tahu daripada engkau (Ibrahim). Bahawasannya Luth tidak termasuk di antara mereka kerana ia seperti yang engkau sebutkan termasuk salah seorang wali Allah swt" (Kami pasti akan menyelamatkan Dia dan pengikut-pengikutnya) dari azab yang akan Kami turunkan kepada seluruh penduduk kota itu (Kecuali istrinya. Dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)) iaitu termasuk orang-orang yang menghabiskan waktu dan hari-hari mereka untuk bermegah-megahan dalam kehidupan dunia namun akhirnya mereka binasa bersama kaum Luth yang lainnya.
Rujukan: 2001: 394 (Tafsir al-Tabari)