Ar-Rum (30) : 3 (Blok: 1-5)
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri dan juga Ibnu Mas'ud ketika Perang Badar sedang berlangsung, terjadi pula perang besar antara dua kekuasaan besar iaitu Romawi yang menganut Ahli Kitab dan Persia yang musyrik kerana beragama Majusi. Ketika itu, tersebar berita bahawa pasukan Romawi berhasil mengalahkan pasukan Persia. Berita itu membuat gembira dan semangat orang-orang mukmin. Mereka yakin bahawa orang yang beriman kepada Allah akan meraih kemenangan. Maka turunlah ayat ini sehingga beberapa ayat sesudahnya. Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan dari Ibnu Syihab, ia berkata, telah sampai khabar kepada kami bahawa orang-orang musyrik mendebat kaum muslimin ketika mereka masih berada di Mekkah. Mereka berkata "Orang-orang Romawi menyaksikan bahawa mereka yang mengaku sebagai Ahli Kitab telah dikalahkan oleh kaum Majusi sedangkan kalian juga yang menyangka bahawa kalian akan mampu mengalahkan kami dengan kitab yang diturunkan kepada nabi kalian, sebagaimana orang Majusi mampu mengalahkan orang Romawi, kami pun akan mengalahkan kalian. Kemudian turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)