Ali-Imran (3) : 58
ذَلِكَ نَتْلُوهُ عَلَيْكَ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ
Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).
TAFSIR 1
Dalam ayat (DemikianIah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebahagian ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah) Allah swt mengkhabarkan kisah yang sebenarnya tentang Nabi Isa. Adapun kisah yang disampaikan oleh orang-orang kafir adalah kebohongan. Dalam ayat Iain Allah swt menegaskan tentang hal ini sebagai berikut. (Itulah Isa putera Maryam (yang mengatakan) perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya. Tidak patut bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu maka Dia hanya berkata kepadanya, Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu) (QS Maryam, 19: 34-35).
Rujukan: 1999: 174 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Demikianlah) iaitu inilah berita yang dikhabarkan kepada Nabi-Nya mengenai Isa dan ibunya Maryam, Ibu Maryam, Hannah, Zakaria dan anaknya Yahya. Dan kisah mengenai Hawariyin dan orang-orang Yahudi dari Bani Israil. (Kami bacakan kepadamu (Muhammad)) iaitu Kami bacakan kepadamu wahai Muhammad, melalui Iidah Jibril, yang Kami wahyukan kepadamu. (Sebahagian ayat-ayat) iaitu pelajaran dan argumen-argumen terhadap orang yang mendebatmu dari utusan Nasrani Najran dan orang Yahudi Bani Israil, yang mendustakanmu dan mendustakan kebenaran dari-Ku yang dibawa olehmu kepada mereka. (Dan membacakan) iaitu Al-Quran. (Yang penuh hikmah) iaitu Pemilik hikmah, Pemisah antara yang hak dan batil dan antara engkau dengan keturunan Isa dan bukan keturunannya. Diriwayatkan dari Muhammad bin Jaafar bin Zubair tentang firman Allah. (Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebahagian ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah) iaitu pemutus, pemisah yang hak, yang tidak akan tercampur oleh kebatilan mengenai khabar tentang Isa dan apa yang mereka perselisihkan. Maka jangan menerima khabar selain darinya.
Rujukan: 2001: 458-459 (Tafsir al-Tabari)