Ali-Imran (3) : 65
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Abdullah bin Abbas bahawasanya ada segolongan orang dari Nasrani Najran dan segolongan Yahudi di dekat Rasulullah saw yang memperdebatkan perihal Ibrahim a.s. Setiap pihak mengclaim bahawa Ibrahim beragama dengan agama mereka. Kemudian, turunlah ayat ini sebagai penjelasan perihal hakikat Ibrahim.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)