Al-Ahzab (33) : 54 (Blok: 53-55)
إِنْ تُبْدُوا شَيْئًا أَوْ تُخْفُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
(Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya.
ASBAB 1
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik, ia berkata, ayat ini turun ketika Rasulullah mengundang para sahabat untuk menghadiri walimah pernikahannya di rumah Zainab binti Jahsy. Sesudah makan, mereka berbincang-bincang sehingga Rasulullah memberikan isyarat akan beranjak. Kemudian Rasulullah masuk ke kamar dan Anas mengikutinya untuk memberi tahu beliau bahawa masih tertinggal tiga orang yang duduk-duduk sambil berbincang-bincang. Lalu Rasulullah membuat hijab antara Anas dengan para isteri beliau. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)