Ali-Imran (3) : 77
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Al-Asy?as bahawa dirinya mengalami perselisihan dengan seseorang dari golongan Yahudi dalam masalah tanah. Kemudian dia mengadukan perkaranya itu kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda "Adakah bukti bahawa tanah itu milikmu?" Asy?as menjawab "Tidak ada, wahai Rasulullah." Rasulullah saw bersabda "Kalau demikian, bersumpahlah kalian." Akan tetapi Asy?as meragukan sumpah orang Yahudi itu dan khawatir bahawa tanahnya akan jatuh kepadanya. Maka dari itu, turunlah penjelasan dari Allah melalui Rasulullah saw yang berkenaan dengan sumpah demi kepentingan duniawi dengan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)