As-Saaffat (37) : 43 (Blok: 41-45)
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
As-Saaffat (37) : 43 (Blok: 42-43)
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
TAFSIR 1
Menurut Qatadah dan As-Saddi, bahawa yang dimaksud dengan firman Allah swt (Mereka itu memperoleh rezeki yang sudah ditentukan) adalah berupa syurga. Ayat tersebut ditafsirkan oleh ayat berikutnya yang bermakna ((iaitu) buah-buahan yang bermacam-macam). Adapun kalimat (Dan mereka orang yang dimuliakan) yakni dilayani, dihibur dan diberi kenikmatan. Adapun tentang firman Allah pada ayat selanjutnya kalimat (Di dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan (mereka duduk) berhadap-hadapan di atas dipan-dipan) Mujahid berkata "sehingga mereka tidak melihat tengkuk yang lain." Pada ayat selanjutnya, Allah swt berfirman (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga) (warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada di dalamnya (unsur) yang memabukkan dan mereka tidak mabuk kerananya). Dalam ayat-ayat tersebut di atas, Allah swt mensterilkan khamar-khamar syurga dari segala bahaya sebagaimana yang terdapat dalam khamar dunia seperti sakit kepala, sakit perut, alkohol yang dapat menghilangkan fikiran secara total. Dalam hal ini, Allah swt berfirman (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga)). Khamar yang mengalir bagai sungai sehingga mereka tidak khawatir akan terputus atau habis. Malik meriwayatkan dari Zaid bin Aslam bahawa dia berkata, "Khamar itu mengalir di sungai yang putih warnanya, warnanya berkilau, tidak seperti khamar dunia yang terlihat buruk dan kotor kerana berwarna merah kehitaman atau kekuningan lagi keruh sehingga tidak menyenangkan jiwa yang memandangnya."
Rujukan: 1999: 916 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Firman Allah (Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah) Ada yang menafsirkan bahawa maksud dari ayat tersebut adalah jika bukan kerana amal soleh yang dikerjakan oleh Nabi Yunus sebelumnya, beliau akan tetap tinggal dalam perut ikan sampai hari kebangkitan. Pendapat ini dikemukakan oleh Ad-Dhahhak bin Qais, Abu Aliyah, Wahab bin Munabbih, Qatadah dan beberapa ahli tafsir lainnya. Pendapat ini pula yang dipilih oleh Ibnu Jarir. Tentang hal ini, terdapat beberapa riwayat yang sahih yang mendukung kebenarannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Berbuat baiklah engkau kepada Allah pada waktu senang nescaya Allah akan berbuat baik kepadamu pada waktu susah." (HR Ahmad) Ada pula ahli tafsir, yakni Said bin Jubair dan lain-lain yang berpendapat bahawa firman Allah "Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah ditafsirkan firman Allah swt pada surah lain sebagai berikut. (Maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, La llaha illa Anta subhanaka inni kuntu minazh zhalimin (Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim). Maka kami kabulkan (doa)nya dan Kami selamatkan dia dari kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman) (QS Al-Anbiya, 21:87-88)
Rujukan: 1999: 924 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 3
Di antara kenikmatan yang akan diberikan kepada orang mukmin adalah buah-buahan, inilah yang dimaksud pada ayat (Mereka memperoleh rezeki yang sudah ditentukan) selain itu mereka adalah orang-orang yang dimuliakan dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah. Mereka berada di dalam kebun-kebun syurga yang penuh dengan kenikmatan. Maksud ayat ((mereka duduk) berhadap-hadapan di atas dipan-dipan) bahawa para penghuni syurga dapat bertatap muka sebahagian mereka dengan yang lainnya dan bukan hanya melihat bahagian belakang yang Iainnya. (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga) (warnanya) putih bersih). Maksudnya diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar yang mengalir di hadapan mereka dan semua itu bukan khayalan atau tipuan belaka. Diriwayatkan dari Qatadah mengenai ayat ini iaitu gelas yang berisi khamar yang mengalir. (HR Abdul Razak, 148). Ad-Dhahhak menjelaskan dalam satu riwayat bahawa semua kata-kata ka'sun dalam Al-Quran ertinya adalah khamar (As-Suyuthi, 274). Menurut orang Arab sendiri adalah setiap bejana yang di dalamnya ada minuman. Apabila tidak ada minuman di dalamnya maka tidak disebut ka'sun (Al-Qurthubi, 77). ltulah beberapa kenikmatan yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin di dalam syurga.
Rujukan: 2003: 530-531 (Tafsir al-Tabari)
TAFSIR 4
Pada ayat sebelumnya Allah mengisahkan bahawa Yunus adalah seseorang yang diutus Allah kepada kaumnya. Kemudian Allah menceritakan ketika Yunus lari menaiki perahu yang dipenuhi dengan muatan yang berat. Sehingga akhirnya Yunus terjatuh ke dalam lautan dan paus menelannya. (Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah). Maksudnya kalau bukan kerana Yunus termasuk orang-orang yang suka melaksanakan solat sebelum datangnya ujian yang mengujinya ini iaitu dipenjara di dalam perut paus. Pasti Yunus akan tinggal di dalam perut paus sehingga hari kiamat. Akan tetapi Yunus adalah orang yang sentiasa mengingat Allah sebelumnya maka Allah pun mengingatkannya ketika ujian ini menerpanya. Allah pun menolongnya dan menyelamatkannya. Diriwayatkan dari Yazid bin Ar-Raqassy bahawa ia berkata, saya mendengar Anas bin Malik, ia berkata, dan saya tidak mengetahui kecuali Anas mengatakan hadis ini dari Nabi saw "Sesungguhnya Nabi Yunus berdoa ketika berada di dalam perut paus 'Wahai Allah tiada Tuhan selain engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya saya adalah orang-orang yang zalim.' Maka doanya pun terdengar dan para malaikat berkata 'Wahai Rabb' ini adalah suara yang lemah yang dikenal, yang terdengar dari negeri yang asing.' Allah berkata, 'Apakah kalian mengetahui hal itu?' Mereka berkata 'Tuhan, siapakah ia?' Allah berkata, "la adalah hamba-Ku Yunus.' Mereka berkata 'Hamba-Mu Yunus yang sentiasa amalannya diterima dan doanya dijawab.' Mereka berkata 'Wahai Tuhan, apakah ia tidak dikasihi atas apa yang telah ia lakukan pada masa senggang sehingga ia bisa diselamatkan dari ujian ini?' Allah berkata "Benar" Maka Allah memerintahkan paus tersebut untuk mengeluarkannya." (HR Ibnu Abi Hatim, 362 dan yang lainnya) Qatadah menerangkan ayat (Nescaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari berbangkit) bahawa yang dimaksud dengan perut paus itu akan menjadi kuburan bagi Yunus sehingga hari kiamat (As-Suyuthi, 288). Abu Malik berpendapat bahawa Yunus berada di dalam perut paus selama empat puluh hari (HR Ahmad, hal 35).
Rujukan: 2003: 627-631 (Tafsir al-Tabari)