As-Saaffat (37) : 44 (Blok: 41-45)
Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
TAFSIR 1
Menurut Qatadah dan As-Saddi, bahawa yang dimaksud dengan firman Allah swt (Mereka itu memperoleh rezeki yang sudah ditentukan) adalah berupa syurga. Ayat tersebut ditafsirkan oleh ayat berikutnya yang bermakna ((iaitu) buah-buahan yang bermacam-macam). Adapun kalimat (Dan mereka orang yang dimuliakan) yakni dilayani, dihibur dan diberi kenikmatan. Adapun tentang firman Allah pada ayat selanjutnya kalimat (Di dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan (mereka duduk) berhadap-hadapan di atas dipan-dipan) Mujahid berkata "sehingga mereka tidak melihat tengkuk yang lain." Pada ayat selanjutnya, Allah swt berfirman (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga) (warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada di dalamnya (unsur) yang memabukkan dan mereka tidak mabuk kerananya). Dalam ayat-ayat tersebut di atas, Allah swt mensterilkan khamar-khamar syurga dari segala bahaya sebagaimana yang terdapat dalam khamar dunia seperti sakit kepala, sakit perut, alkohol yang dapat menghilangkan fikiran secara total. Dalam hal ini, Allah swt berfirman (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga)). Khamar yang mengalir bagai sungai sehingga mereka tidak khawatir akan terputus atau habis. Malik meriwayatkan dari Zaid bin Aslam bahawa dia berkata, "Khamar itu mengalir di sungai yang putih warnanya, warnanya berkilau, tidak seperti khamar dunia yang terlihat buruk dan kotor kerana berwarna merah kehitaman atau kekuningan lagi keruh sehingga tidak menyenangkan jiwa yang memandangnya."
Rujukan: 1999: 916 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Di antara kenikmatan yang akan diberikan kepada orang mukmin adalah buah-buahan, inilah yang dimaksud pada ayat (Mereka memperoleh rezeki yang sudah ditentukan) selain itu mereka adalah orang-orang yang dimuliakan dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah. Mereka berada di dalam kebun-kebun syurga yang penuh dengan kenikmatan. Maksud ayat ((mereka duduk) berhadap-hadapan di atas dipan-dipan) bahawa para penghuni syurga dapat bertatap muka sebahagian mereka dengan yang lainnya dan bukan hanya melihat bahagian belakang yang Iainnya. (Kepada mereka diedarkan gelas (yang berisi air) dari mata air (syurga) (warnanya) putih bersih). Maksudnya diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar yang mengalir di hadapan mereka dan semua itu bukan khayalan atau tipuan belaka. Diriwayatkan dari Qatadah mengenai ayat ini iaitu gelas yang berisi khamar yang mengalir. (HR Abdul Razak, 148). Ad-Dhahhak menjelaskan dalam satu riwayat bahawa semua kata-kata ka'sun dalam Al-Quran ertinya adalah khamar (As-Suyuthi, 274). Menurut orang Arab sendiri adalah setiap bejana yang di dalamnya ada minuman. Apabila tidak ada minuman di dalamnya maka tidak disebut ka'sun (Al-Qurthubi, 77). ltulah beberapa kenikmatan yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin di dalam syurga.
Rujukan: 2003: 530-531 (Tafsir al-Tabari)