Saad (38) : 3 (Blok: 1-3)
(Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.
TAFSIR 1
Firman Allah (Demi Al-Quran yang mengandungi peringatan) adalah sumpah demi Al-Quran yang mengandungi segala peringatan bagi hamba-hamba Allah. Sungguh peringatan tersebut sangat bermanfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat. Maksud firman Allah (Tetapi orang-orang yang kafir (berada) dalam kesombongan dan permusuhan) bahawa dalam Al-Quran terdapat peringatan bagi orang yang mahu mengambil pelajaran. Hanya orang-orang kafir yang tidak mahu mengambil manfaat dari peringatan tersebut. Hal itu kerana mereka merasa sombong, angkuh, keras kepala dan selalu ingin membangkang. Allah swt kemudian menakut-nakuti mereka dengan kebinasaan umat-umat terdahulu yang membangkang terhadap ajaran rasul dan mendustakan kitab suci. Allah swt berfirman (Betapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan) maksudnya adalah umat-umat terdahulu yang mendustakan rasul. Adapun firman Allah (Lalu mereka meminta tolong adalah ketika azab menimpa mereka, mereka meminta pertolongan dan perlindungan kepada Allah padahal hal itu tidak mungkin berguna lagi bagi mereka. Abu Dawud Ath-Thayalisi meriwayatkan dari At-Tamimi tentang tafsir firman Allah (Lalu mereka meminta tolong padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri) Ibnu Abbas menjawab "Pada saat itu tidak ada gunanya lagi meminta tolong, kabur ataupun melarikan diri."
Rujukan: 1999: 927-928 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ulama berbeza pendapat mengenai maksud firman-Nya (Sad). Sebahagian di antaranya berpendapat bahawa maksudnya adalah jadikanlah Al-Quran sebagai rujukan dalam amalanmu. Sebahagian berpendapat bahawa (Sad) adalah salah satu dari huruf hijaiyyah. Ada juga yang berpendapat bahawa maksudnya adalah sebuah sumpah, yang mana Allah bersumpah dengan menggunakannya. Yang lainnya berpendapat bahawa (Sad) adalah salah satu nama dari nama-nama Al-Quran, Allah bersumpah dengannya. Ayat (Demi Al-Quran yang mengandungi peringatan) adalah sumpah yang mana Allah bersumpah dengan menggunakan Al-Quran. Bahawa Al-Quran adalah peringatan bagi kalian. Maksud ayat (Tetapi orang-orang yang kafir (berada) dalam kesombongan dan orang-orang yang kufur kepada Allah dari kalangan orang-orang musyrik Quraisy benar-benar berada dalam permusuhan dan kebencian kepada Muhammad saw. (Betapa banyaknya umat sebelum mereka yang telah kami binasakan, lalu mereka meminta tolong). Allah memberitahukan bagaimana Dia membinasakan umat-umat terdahulu sebelum kalian. Mereka umat-umat yang menempuh jalan seperti jalan orang-orang musyrik, iaitu mendustakan rasul-rasul mereka dan mendustakan apa yang mereka bawa dari Sisi Allah. Setelah itu mereka meminta tolong kepada Rabb mereka dan mereka bertaubat ketika azab Kami menimpa mereka. (Padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri). Akan tetapi pada saat itu tidak berguna taubat yang mereka lakukan ketika mereka berlari dari azab Allah.
Rujukan: 2003: 5-17 (Tafsir al-Tabari)