Ali-Imran (3) : 110
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
TAFSIR 1
Allah swt sangat memuliakan umat Nabi Muhammad saw. Dia memberikan keutamaan luar biasa kepada umat Islam. Disebutkan, umat Nabi Muhammad adalah umat paling utama di antara umat para nabi terdahulu. ltulah maksud ayat (Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia). Ibnu Mas'ud meriwayatkan, Rasulullah saw mengungkapkan keinginan beliau bahawa umat Islam kelak menjadi kelompok mayoritas di syurga. Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat bangga kemudian Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku sangat berharap kalian semua akan menjadi separuh dari seluruh penduduk syurga. " (HR Bukhari dan Muslim) Beliau juga bersabda sebagai berikut. "Barisan penduduk syurga terdiri dari 120 baris. Kalian (umat Islam) memenuhi 80 baris di antaranya. " (HR Ahmad, Tirmizi, dan Ibnu Majah) "Sesungguhnya para nabi tidak akan masuk ke dalam syurga sebelum aku masuk ke dalamnya dan umat mana pun tidak akan diperbolehkan masuk ke dalamnya sebelum umatku memasukinya. " (HR Abu Ahmad) Dhamir dalam hadis memang menggunakan kata "aku", tetapi maksudnya umat Islam secara keseluruhan. Ayat dan hadis tadi menunjukkan umat Rasulullah saw adalah umat paling utama di antara hamba Allah. Sementara itu, Allah mencela Ahlul Kitab yang sentiasa mengingkari risalah kenabian dan melakukan pelbagai penyimpangan terhadap risalah dalam kitab-kitab samawi.
Rujukan: 1999: 188-189 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia) adalah sebagaimana dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw "Kalian adalah penyempurna tujuh puluh umat. Kalian adalah umat yang paling terakhir dan paling terhormat dihadapan Allah." Maksud ayat (Menyuruh (berbuat) yang makruf) iaitu memerintah iman kepada Allah dan rasuI-Nya serta mengamalkan syariat-Nya. Maksud ayat (Dan mencegah dari yang mungkar) iaitu mencegah dari kemusyrikan kepada Allah dan pendustaaan Rasul-Nya serta dari perbuatan yang dilarang oleh-Nya. Maksud ayat (sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka) iaitu sekiranya pemeluk Taurat (Yahudi) dan Injil (Nasrani), mempercayai Muhammad saw dan apa yang dibawanya dari Sisi Allah, tentu hal itu lebih baik bagi mereka di Sisi Allah di dunia dan akhirat. Maksud ayat (Di antara mereka ada yang beriman) iaitu dari ahli kitab, Yahudi dan Nasrani, ada yang beriman lagi membenarkan Rasulullah saw tentang apa yang dibawanya dari Sisi Allah kepada mereka, antara Iain Abdullah bin Salam dan saudaranya, Tsalabah bin Sa'yah dan saudaranya dan lain-Iain. Maksud ayat (Namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik) iaitu pengikut ajaran Taurat dan ajaran Injil, kerana pada kedua kitab tersebut terdapat keterangan tentang sifat-sifat Muhammad dan tanda-tandanya bahawa dia Nabi Allah. Namun keduanya (Yahudi dan Nasrani) mendustakannya.
Rujukan: 2001: 671-678 (Tafsir al-Tabari)