Az-Zumar (39) : 38
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Dan sungguh, jika engkau tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" Nescaya mereka menjawab "Allah") adalah bahawa kaum musyrikin sebenarnya mengakui Allah sebagai pencipta seluruh alam. Hanya saja, mereka tetap menyembah tuhan lain selain Allah, tuhan yang tidak dapat mendatangkan bahaya atau pun memberi manfaat. Kerana itu Allah berfirman (Katakanlah "Kalau begitu tahukah kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan bencana kepadaku, apakah mereka mampu menghilangkan bencana itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat mencegah rahmat-Nya?) Tentu saja mereka tidak dapat melakukan apa pun. Firman Allah (Katakanlah "Cukuplah Allah bagiku) senada dengan firman-Nya yang lain sebagai berikut. (Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal) (QS Yusuf, 1 2: 67)
Rujukan: 1999: 943 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Rangkaian ayat-ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt mencukupi orang mukmin di dunia terhadap apa pun yang menyedihkan mereka dan bahawasannya kemarahan patung-patung dan berhala yang digunakan oleh orang musyrik untuk menakut-nakuti orang mukmin tidak akan membahayakan mereka kerana segala urusan ada di tangan Allah swt. Pada ayat (Dan sungguh, jika engkau tanyakan kepada mereka) Allah menyebutkan bahawa perkataan orang-orang musyrik itu berbeza dengan perbuatan mereka. Ketika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" Mereka menjawab "Allah" Namun mereka tetap menyembah selain Allah. Kemudian Rasulullah disuruh bertanya kepada mereka dengan pertanyaan yang membuat mereka tidak boleh berkutik, "Apakah patung atau berhala yang kamu sembah itu dapat menghilangkan suatu bahaya yang Allah tentukan bagi seseorang".
Rujukan: 2001: 209-213 (Tafsir al-Tabari)