Az-Zumar (39) : 66 (Blok: 64-67)
بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ
(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas bahawa segolongan orang musyrik berkata kepada Rasulullah "Wahai Muhammad, mengapakah engkau menganggap nenek moyangmu telah sesat?" Mereka juga mengajak Rasulullah untuk menyembah berhala mereka. Maka dari itu, turunlah ayat ini. Diriwayatkan oleh At Tirmizi dari Ibnu Abbas bahawa ada seorang Yahudi yang melontarkan pertanyaan kepada Rasulullah "Wahai Abdul Qasim, bagaimanakah Allah meletakkan langit, Bumi, air dan gunung seperti yang ada ini?" Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)