Ghafir (40) : 8
Doanya:
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Keterangannya: Doa ini adalah dari kalangan Hamalatal Arsy, iaitu para malaikat yang sentiasa menyokong orang-orang mukmin. Ini menunjukkan bahawa para malaikat juga berdoa untuk manusia: (a) Menggunakan ayat Rabbana; (b) Mendahulukan puji-pujian sebelum doa, iaitu: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Dikau meliputi segala sesuatu". Oleh yang demikian janganlah berlengah lagi daripada bertaubat dan kembali ke Jalan Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang didoakan oleh para malaikat itu.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)