Ali-Imran (3) : 128
Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt ingin menjelaskan, kekalahan kaum kafir semata-mata kerana murka Allah swt. Dengan kekalahan ini Allah swt ingin menghinakan mereka sebagai kelompok yang lemah dan pecundang. Hal itu baru merupakan balasan di dunia, sementara di akhirat azab pun siap menanti. Tidak akan ada yang bisa menolong mereka. Mereka sendirilah yang akan mempertanggungjawabkan perbuatan mereka di hadapan Allah swt. Mengenai asbabun nuzul ayat ini, terdapat beberapa riwayat. Salim meriwayatkan dari ayahnya bahawa setiap bangun dari rukuk rakaat kedua solat subuh, Rasulullah saw selalu berdoa, "Ya Allah, laknatlah fulan dan fulan." Lalu turunlah ayat ini. (HR Nasa?i) Riwayat lain menyebutkan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan, jika hendak mendoakan kaum muslimin, setelah bangun dari rukuk rakaat kedua solat subuh, Rasulullah saw memanjatkan doa, "Ya Allah, selamatkanlah Walid bin Walid, Salamah bin Hisyam, Iyash bin Abu Rabi'ah dan orang-orang lemah dari kaumku. " Allah swt kemudian menurunkan ayat ini.
Rujukan: 1999: 194 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (ltu bukan menjadi urusanmu (Muhammad)) iaitu wahai Muhammad, tak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan makhluk-Ku selain mengajak mereka menjalankan perintah-Ku dan mencegah mereka menjalankan larangan-Ku. Urusan mereka tiada lain hanyalah urusan-Ku dan ketetapan tentang mereka ada pada tangan-Ku, bukan yang lain. Aku menetapkan hukum dengan sesuatu Aku kehendaki, Aku menerima taubat atas kekufuran mereka terhadap-Ku, bermaksiat dan membangkang perintah-Ku atau Aku mengazab mereka segera di dunia dengan cara memerangi mereka atau menangguhkan seksa mereka di akhirat dengan seksaan yang telah Aku sediakan bagi orang yang kafir kepadaku. Diriwayatkan dari Anas bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Nabi saw di saat beliau kalah di Perang Uhud oleh orang-orang musyrik. Seakan beliau putus asa mengajak mereka pada hidayah atau pada kebenaran. Beliau mengeluh, Bagaimana suatu kaum bisa beruntung, jika mereka berbuat seperti ini kepada Nabi mereka. Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Umar bahawa ayat ini turun kepada Nabi saw kerana beliau telah melaknat kepada suatu kaum.
Rujukan: 2001: 42-48 (Tafsir al-Tabari)