Az-Zukhruf (43) : 19
وَجَعَلُوا الْمَلَائِكَةَ الَّذِينَ هُمْ عِبَادُ الرَّحْمَنِ إِنَاثًا أَشَهِدُوا خَلْقَهُمْ سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ
Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir dari Qatadah bahawasannya orang-orang munafik beranggapan bahawa Allah memiliki jalinan dengan jin. Lalu lahirlah malaikat dari peranakannya. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang memperingatkan bahawa Allah selalu mencatat apa yang mereka persaksikan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)