Ad-Dukhaan (44) : 47 (Blok: 43-49)
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dari Abu Malik bahawasannya Abu Jahal datang kepada kaumnya dengan membawa kurma dan mentega. Kemudian dia berkata "Inikah Zaqqum yang diancamkan oleh Muhammad kepada kalian?" Maka turunlah ayat ini. Diriwayatkan dari Ikrimah dan Ibnu Jarir dari Qatadah, pada saat Rasulullah bertemu dengan Abu Jahal beliau menyampaikan bahawa Allah memerintahkan kepadanya untuk mengatakan kepada Abu Jahal "Celakalah kamu maka celakalah kamu. Sekali lagi celakalah maka celakalah kamu" iaitu ayat ke 34-35 dari surah Al-Qiyamah. Kemudian Abu Jahal berkata "Kalianlah yang celaka. Kalian tidak dapat mencelakakanku sedikit pun. Aku adalah orang yang terkuat di kalangan kaum Quraisy." Lalu terbunuhlah Abu Jahal pada Perang Badar dengan kondisi yang mengenaskan. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)