Muhammad (47) : 13 (Blok: 13-16)
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) - Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasannya ketika Rasulullah keluar dari gua, beliau memandang ke arah Mekah seraya berkata "Engkau adalah negeri yang aku cintai. Sekiranya pendudukmu tidak mengusirku, aku akan tetap bersamamu." Maka dari itu, turunlah ayat ini. Diriwayatkan dari Ibnu Juraij. Ayat ini turun menjelaskan bahawa ada di antara orang-orang yang mendengarkan nasihat Rasulullah dengan sungguh-sungguh dan ada pula yang tidak memperhatikannya. Mereka yang tidak memperhatikan adalah orang-orang munafik. Lalu ketika keluar dari majlis, mereka bertanya kepada orang-orang beriman "Apa yang telah dikatakannya tadi?" Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)