Al-Fath (48) : 5
لِيُدْخِلَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَيُكَفِّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَكَانَ ذَلِكَ عِنْدَ اللَّهِ فَوْزًا عَظِيمًا
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
ASBAB 1
Diriwayatkan Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Hakim dari Anas, ia berkata, tatkala turun ayat 2 dari surah ini sekembalinya Rasulullah dari Hudaibiyah, beliau berkata sesuatu kepada para sahabatnya, sungguh telah turun kepadaku suatu ayat yang lebih aku cintai dari Bumi sekalipun, lantas beliau membacakannya, para sahabat kemudian berteriak "Selamat! Bergembiralah! Kerana sungguh Allah telah memuliakan engkau dengan melakukan itu. Kemudian apakah yang Allah lakukan terhadap kami?" Tidak berapa lama turunlah ayat 5 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)