Al-Hujuraat (49) : 7 (Blok: 6-9)
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainya denqan sanad yang bagus. dart Harits bin Dhirar Al-Khuza'i dan Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas, ayat ini turun berkaitan dengan Walid bin Uqbah bin Abu Mu?ith yang diutus oleh Rasulullah untuk menarik zakat ternak dari bani Mushthaliq. Di antara mereka ada Harits. Ketika mendengar kedatangan Walid, mereka menyambutnya. Akan tetapi Walid merasa cemas dan gemetar lalu pulang. Walid mengadu kepada Rasulullah bahawa dirinya hendak dibunuh. Mendengar hal itu, Rasulullah berniat memerangi bani Mushthaliq. Akan tetapi utusan dari bani Mushthaliq datang dan menjelaskan bahawa mereka hendak menyerahkan zakat kepada Walid tetapi Walid justeru pergi meninggalkan mereka dengan rasa takut. Maka dari itu, turunlah ayat 6 ini. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas. Ketika Rasulullah pergi menuju rumah Abdullah bin Ubay dengan menunggang keldai. Abdullah bin Ubay berkata "Pergilah engkau dari sini! Demi Allah aku tidak nyaman dengan bau keldaimu." Berkata seorang dari kaum Ansar "Demi Allah, keldai Rasulullah ini lebih harum dari pada bau badanmu." Anak buah Abdullah bin Ubay pun marah dan timbullah keributan sehingga terjadi perkelahian dengan menggunakan pelepah kurma. tangan dan sandal. Kemudian, turunlah ayat 9 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)