Al-Hujuraat (49) : 12 (Blok: 12-17)
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Munzdir dari Ibnu Juraij bahawa ayat ini turun berkaitan dengan Salman Al-Farisi yang makan kemudian tidur Ialu berdengkur. Orang-orang membicarakannya. Maka dari itu, turunlah ayat 12 ini yang melarang umat muslim untuk menggunjing dan mengumpat. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim bahawa ayat ini turun terkait dengan orang-orang yang mencela Bilal ketika dia naik ke Kaabah untuk melantunkan azan saat pembebasan Mekkah. Orang-orang banyak memperbincangkannya, apakah budak hitam legam ini berani naik dan azan di atas puncak Kaabah? Sebahagian lagi dari mereka berkata, jika Allah murka dengan perbuatannya, pasti Allah akan melarangnya kemudian Allah menurunkan ayat 13. Sebahagian orang-orang Arab berkata "Wahai Rasulullah! Kami telah masuk Islam dan tidak memerangimu tetapi suku lain memerangimu." Maka dari itu, turunlah ayat 17 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)