Qaaf (50) : 2 (Blok: 1-5)
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
Qaaf (50) : 2 (Blok: 1-2)
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
TAFSIR 1
Firman Allah (Demi Al-Quran yang mulia) iaitu sumpah demi kitab suci yang mulia. Jawapan dari sumpah tersebut adalah isi ayat berikutnya, bentuknya penegasan akan kebenaran kenabian Rasulullah saw dan penegasan akan adanya hari pembalasan. Allah swt kemudian menjelaskan keheranan orang-orang terhadap hari pembalasan. Menurut mereka, hari tersebut sangat jauh dari kenyataan. Hal itu disebutkan dalam firman-Nya (Apakah apabila kami telah mati dan sudah menjadi tanah (akan kembali lagi)? ltu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin). Mereka berkeyakinan kembalinya mereka seperti sedia kala setelah meninggal dunia mustahil terjadi, Allah pun membantah perkataan mereka melalui firman-Nya (Sungguh, Kami telah mengetahui apa yang ditelan Bumi dari (tubuh) mereka, sebab pada Kami ada kitab (catatan) yang terpelihara baik). Menukil pendapat Ibnu Abbas r.a, Al-Aufi menyatakan bahawa maksud dari ayat (Sungguh, Kami telah mengetahui apa yang ditelan Bumi dari (tubuh) mereka) adalah anggota tubuh manusia yang dimakan oleh tanah, meliputi daging, bulu, tulang dan rambut. Mujahid, Qatadah, dan Ad-Dhahhak mengungkapkan pendapat senada. Lebih lanjut, Allah swt menerangkan sebab-sebab kekufuran dan keras kepala mereka itu melalui firman-Nya (Bahkan mereka telah mendustakan kebenaran ketika (kebenaran itu) datang kepada mereka, maka mereka berada dalam keadaan kacau bilau)
Rujukan: 1999: 855 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli takwil berbeza pendapat seputar firman-Nya (Qaf). Sebagian berpendapat, itu salah satu nama dari asma-asma Allah swt sehingga Dia bersumpah dengan nama itu. Sebahagian lain menyebutkan, itu salah satu nama Al-Quran. Sebahagian lain lagi menyatakan, itu ertinya "Ditakdirkan, demi Allah Sebahagian lagi mengatakan, itu nama gunung yang terhampar di muka Bumi. Saya telah menjelaskan penafsiran huruf-huruf mu'jam dalam awal surah Al-Quran ini pada surah-surah sebelumnya. Firman-Nya (Demi Al-Quran yang mulia) iaitu Al-Quran Al-Karim. Firman-Nya (Mereka tidak menerimanya) bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri maksudnya tidak mendustakanmu wahai Muhammad, orang-orang musyrik dari kaummu yang menyedari bahawa kamu seorang yang terpercaya (di kalangan mereka). Namun yang mereka dustakan adalah bentuk keterkejutan akan datangnya seseorang kepada mereka yang memberikan peringatan akan seksa Allah swt dari kalangan mereka sendiri. Firman-Nya (Maka berkatalah orang-orang kafir, "Ini adalah suatu yang sangat ajaib") orang-orang yang mendustakan Allah swt dan rasul-Nya dari kaum Quraisy itu berkata saat datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari kalangan mereka sendiri (lni adalah suatu sangat ajaib) yakni kedatangan seseorang dari kalangan kami dari keturunan Adam dengan membawa risalah Allah swt.
Rujukan: 2001: 47-49 (Tafsir al-Tabari)