Qaaf (50) : 19
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
TAFSIR 1
Firman Allah swt (Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. ltulah yang dahulu hendak kamu hindari) adalah bahawa Allah menegaskan sesungguhnya sakaratul maut benar-benar akan datang. Orang-orang kafir mendustakan sakaratul maut tetapi ketika masa itu datang, mereka tidak akan bisa mengelak dan barulah yakin bahawa sakaratul maut memang benar adanya. Ketika maut hendak menjemput Rasulullah saw, beliau menghapus keringat yang ada di wajah beliau lalu bersabda sebagai berikut. "Maha Suci Allah, sesungguhnya maut itu memiliki sakarat (detik-detik menjelang kematian). " (HR Bukhari) Berkaitan dengan firman Allah (ltulah yang dahulu hendak kamu hindari) terdapat dua pendapat dalam penafsiran ayat ini. Pertama pendapat yang menyatakan bahawa kata ma di sini adalah maushulah (kata sambung) sehingga jika disambungkan dengan kalimat setelahnya menjadi "Yang dahulu hendak kamu hindari dan sekarang telah menemuimu." Kedua pendapat yang menyatakan bahawa kata ma di sini adalah nafiyah (negatif) sehingga jika dirangkai dengan kalimat berikutnya menjadi "Engkau tidak dapat lari atau menghindar darinya."
Rujukan: 1999: 856-857 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Firman-Nya (Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya) ada dua penafsiran. Pertama, datanglah sakaratul maut iaitu sakit dan pedihnya kesedaran manusia laksana mabuknya seseorang dari tidur mahupun minuman keras, terhadap kebenaran perkara akhirat sehingga manusia percaya dan menyedarinya. Kedua iaitu sakaratul maut dalam erti kematian yang sebenarnya. Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Shiddiq r.a bahawasannya beliau membaca ayat ini dengan (Dan datanglah sakaratul haq dengan kematian). Bacaan ini disebutkan juga sebagai bacaan Ibnu Mas'ud. Bagi yang membaca demikian, memiliki dua penafsiran. Pertama, datanglah sakarat dari Allah swt dengan kematian, jadi yang dimaksud dengan Al-Haq adalah Allah swt. Kedua, bahawa sakarat yang dimaksud adalah kematian, hal ini disandarkan kepada kematian itu sendiri. Sebagaimana firman-Nya (Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar) (QS Al-Waqiah, 56: 95). Penafsirannya adalah dan datanglah sakarat dari Al-Haq berupa kematian. Firman-Nya (ltulah yang dahulu hendak kamu kamu hindari) maksudnya adalah inilah sakaratul maut akan menghampirimu, wahai sekalian manusia, ia akan datang dengan sebenar-benarnya, kendati setiap saat kematian ini selalu kamu hindari dan kamu sentiasa melarikan diri darinya.
Rujukan: 2001: 61-68 (Tafsir al-Tabari)