Adz-Dzaariyaat (51) : 54 (Blok: 54-55)
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنْتَ بِمَلُومٍ
Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Muni?, Ibnu Rahawaih, Al-Haitsam bin Kulaib, dari Mujahid, dari Ali, tatkala turun ayat 54, tidak ada seorang pun dari antara kami yang tersisa terkecuali meyakini akan binasa iaitu ketika Rasulullah saw memerintahkan kami untuk berpaling tetapi kemudian turun ayat 55 sehingga hati kami pun menjadi senang. Diriwayatkan Ibnu Jarir dari Qatadah, ia berkata, diceritakan kepada kami ketika turun ayat 54, para sahabat Rasulullah saw sudah sangat khawatir dan mereka melihat bahawa wahyu sudah terputus dan azab akan segera datang, tapi kemudian Allah menurunkan ayat 55.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)