Al-Qamar (54) : 2 (Blok: 1-2)
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
TAFSIR
Allah mengingatkan bahawa telah dekat kedatangan waktu terjadinya hari kiamat. Ini adalah bentuk peringatan Allah kepada hamba-Nya tentang dekatnya hari kiamat dan dekatnya akhir kefanaan dunia. Selain sebagai peringatan, ini juga adalah perintah dari Allah agar mempersiapkan diri untuk menjemput hari kiamat kerana kebanyakan dari manusia lalai dan lupa akan hal ini. (Bulan pun terbelah) iaitu ketika bulan terbelah. Ayat ini diturunkan pada saat masa Rasulullah saw berada di Mekah sebelum ia hijrah ke Madinah. Pada saat itu orang-orang kafir meminta kepada rasul untuk menunjukkan sebuah tanda yang dapat membuktikan bahawa ia adalah seorang rasul. Maka rasul menunjukkan mereka peristiwa terbelahnya bulan, yang menjadi bukti dan dalil tentang kebenaran perkataannya dan kenabiannya. Ketika mereka melihat tanda tersebut, mereka berpaling dan mendustakannya dan mereka berkata, ini adalah sebuah sihir, Muhammad telah menyihir kami. Maka turunlah ayat setelahnya. Anas bin Malik menceritakan bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw sebuah tanda bukti kenabiannya. Maka Rasululullah memperlihatkan kepada mereka terbelahnya bulan sebanyak dua kali (HR Bukhari, 3637). Diriwayatkan dari Abu Ma'mar dari Abdullah, ia berkata "Bulan terbelah pada masa Rasulullah saw menjadi dua bahagian, satu bahagian berada di atas gunung dan bahagian yang lainnya berada di belakang gunung. Namun, mereka berpaling dan memungkirinya, 'Ini adalah sebuah sihir yang telah Muhammad lakukan kepada kami. la telah menghipnotis kami sehingga kami melihat bulan terbelah menjadi dua, sungguh ini adalah sebuah sihir yang terus-menerus."'
Rujukan: 2001: 218-219 (Tafsir al-Tabari)