Al-Qamar (54) : 46 (Blok: 45-49)
بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas bahawasannya pada peperangan Badar, kaum musyrikin Quraisy berkata "Kami akan memenangi peperangan ini." Maka dari itu, turunlah ayat 45 ini. Diriwayatkan Muslim dan Tirmizi, dari Abu Hurairah bahawasannya segolongan musyrik Quraisy menghadap Rasulullah untuk mempersoalkan takdir. Maka dari itu, turunlah ayat 47-49 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)