Al-Mujaadalah (58) : 15 (Blok: 12-21)
Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan "Segolongan orang mukmin sering sekali bertanya kepada Rasulullah sehingga menyibukkan beliau." Maka dari itu, turunlah ayat ke-12 iaitu "Apabila kalian mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasul..." Ketika ayat ini turun, banyak orang yang tidak lagi bertanya kepada Rasulullah kerana mereka khawatir mendapat murka Allah. Maka dari itu, turunlah ayat selanjutnya iaitu 13. Mengenai ayat 13 ini, ada juga riwayat lain dikeluarkan At Tirmizi dan lainnya, hadisnya Hasan, dari Ali. ia berkata '"Tatkala turun ayat 12, Rasulullah saw bertanya kepadaku 'Bagaimana pendapatmu jika I dinar?' Aku menjawab 'Mereka tidak akan mampu.' 'Bagaimana jika setengah dinar?' Aku menjawab lagi 'Mereka tidak akan juga mampu.' Beliau bertanya kepadaku, 'Jikalau begitu, berapa?' Aku menjawab, 'Segenggam kacang.' Kemudian beliau bersabda 'Sungguh kamu benar-benar orang yang zuhud."' Maka dari itu, turunlah ayat ini. Diriwayatkan dari Muqatil dan As-Saddi "Kami menerima riwayat bahawa ayat ini turun berkenaan dengan seorang munafik bernama Abdullah bin Nabtal. Dia duduk di majlis Rasulullah lalu melaporkan pembicaraan Rasulullah kepada kaum Yahudi. Rasulullah menegurnya tetapi dia bersumpah demi Allah bahawa dia tidak melakukan hal itu. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)