As-Saff (61) : 10 (Blok: 10-11)
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
TAFSIR 1
Dalam hadis Abdullah bin Salam disebutkan bahawa para sahabat r.a bertanya kepada Rasulullah saw tentang amal yang paling mulia di Sisi Allah agar mereka bisa mengerjakannya. Lalu Allah menurunkan surah ini. Di antaranya adalah ayat (Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?) Abdullah selanjutnya menafsirkan tijarah dalam ayat ini sebagai perdagangan yang mulia dan tidak merugi, mengandung maslahat yang diinginkan dan menjauhkan dari kejahatan. Allah berfirman ((Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. ltulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui). Ertinya kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. ltulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Rujukan: 1999: 925 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?) Maksudnya wahai orang-orang yang beriman, apakah kalian ingin Aku beri tahukan mengenai sebuah perniagaan yang dapat menyelamatkan kalian dari azab Jahanam? Kemudian Allah menjelaskan mengenai perniagaan tersebut iaitu "beriman kepada Allah dan rasul-Nya." (Dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu). Kemudian perniagaan tersebut adalah berjihad dalam menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kalian. Perniagaan ini iaitu beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya adalah lebih baik bagi kalian dengan tidak melebihkan dan mengurangkannya. (ltulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui). Maksudnya mereka yang melaksanakan perniagaan ini dengan Allah maka akan Allah ampuni dosa-dosanya dan Allah akan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawah pohon-pohonnya sungai-sungai. Dan ganjaran ini adalah sebuah kemenangan yang besar yang didapatkan seorang hamba di hari akhir.
Rujukan: 2001: 52-57 (Tafsir al-Tabari)